Nuffnang Ads

Tuesday, April 5, 2011

Pasrah......Curhat Fadhil Zhafri.....

Dua tiga hari ini aku merasakan bagaikan kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam diriku ini; semangat juang tinggi yang ada dalam diriku ini.
Aku bagaikan tidak bermaya lagi untuk menghadapi dugaan di atas puing-puing kehidupan yang kian meruncing ini. Aku tidak tahu di mana hilangnya semangat juang ku yang junjung tinggi sepanjang aku melalui liku-liku kehidupan dengan pelbagai ragam manusia yang sukar memahami diriku ini, Aku umpama kapal yang tiada kemudi yang terus di pukul badai di lautan bergelora; aku di bayangi kejayaan demi kejayaan yang di tempa orang lain; mengapa aku tidak seperti mereka? Hidup mewah bersama keluarga tercinta, berkerjaya dengan pendapatan lumayan, tetapi aku? Aku tidak mempunyai apa-apa. Air mata ku terlalu mahal untuk aku tangisi nasib ku yang selalu di rundung malang. 

Aku pernah di kecewakan dan di khianati oleh sahabat baik aku sendiri kala menuntut pengajian diploma di UiTM, tetapi aku teruskan juga perjuangan aku dalam kehidupan ini dengan hati yang redha dan pasrah dengan ketentuan-Nya. Walaupun aku dikhianati, aku telah pun maafkan dosa mereka tetapi untuk memanggil mereka kawan; tidak sekali-kali aku akan panggil mereka kawan. Cukup lah menyeksa diriku ini, aku berdoa agar aku tidak bertemu dengan kalian lagi selepas ini kerana hati ku telah hancur dek kerana kalian semua dan jangan cari aku, kerana aku tidak lagi mengenal kalian semua, biarlah aku membawa diri aku jauh dari kalian semua dan anggaplah kita tidak pernah bertemu. 


    
Kini aku telah pun berkerjaya, namun aku merasakan jiwa ku kosong. Aku tidak mempunyai apa-apa seperti saudara-mara dan rakan-taulan aku yang lain ada. Air mata ku kini mengalir kembali, kenapa aku tidak mempunyai keupayaan seperti orang lain, tidak mempunyai rupa yang cantik dan kacak seperti orang lain serta berbadan sasa persis hero Hollywood? Aku menjadi bingung sehingga kadang kala aku menyeksa diriku sendiri kerana terlalu kecewa dengan diriku sendiri. Aku cukup marahkan diriku bila aku tidak dapat berbuat sesuatu yang di tugaskan kepadaku. Aku marah, geram bahkan aku boleh cederakan diriku sendiri kerana aku terlalu tertekan dengan apa yang berlaku pada diriku. Aku tidak kacak, berbadan besar macam teddy bear dan selainnya. Trauma UiTM masih membelenggu diriku hingga hari ini, aku sedih, geram kenapa aku tidak lawan balik kala itu? Aku bagaikan manusia bodoh yang tidak mampu berbuat apa-apa. Hebat benar dugaan ku ini..... kala aku susah kawan-kawan, saudara-mara semuanya diam seribu bahasa tapi kala aku senang, mereka sentiasa berdamping denganku....

Kini aku berusaha mengumpulkan kembali harapanku yang telah berkecai ini untuk aku teruskan penghidupan aku mengharungi pancaroba kehidupan di atas pentas dunia yang kejam ini. Aku tidak pasti sama ada aku boleh menggapai impian yang aku inginkan selama ini atau pun hanyalah retorik diri ku sahaja. Aku tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan orang lain; berkereta besar kala usia muda, mempunyai rumah mewah kala usia muda, dan kehidupan mewah kala usia muda, tetapi aku? Sehingga suatu tahap aku bagaikan malas hendak pergi ke mana-mana majlis keramaian kerana malas untuk mendengar soalan-soalan cepu emas yang aku rasa mereka sudah mempunyai jawapannya. Biar lah aku meneruskan sisa-sisa hidup aku ini dengan membawa hati yang lara ini jauh dari kalian semua kerana aku tidak mahu disakiti lagi apatah lagi menyakiti. Aku memang sedih sekarang ini kerana aku masih tidak dapat apa yang aku inginkan selama ini. 

Untuk berjaya tidak senang tetapi untuk gagal, senang seperti meneguk air sahaja. Aku akan teruskan juga perjuangan aku menghadapi dugaan yang bakal mendatang. Selagi hidupku masih ada hayat, aku akan teruskan melangkah hingga aku bertemu titik kejayaan aku. Selamat malam......Sebelum aku mengundur diri, aku ingin berkongsi lagu ini bersama kalian semua....

 
Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? do you know?
Do you get what you're hoping for?
When you look behind you there's no open door
What are you hoping for?
Do you know?

Once we were standing still in time
Chasing the fantasies that filled our minds
You knew i loved you, but my spirit was free
Laughing at the question that you once ask me

Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? do you know?

Now, looking back in all we pass
We've let so many dreams just slip through our hands
Why must we wait so long before we see
How sad the answers to those questions can be?

Do you know where you're going to?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going to? do you know?
Do you get what you're hoping for?
When you look behind you there's no open door
What are you hoping for? do you know?

Fadhil Zhafri
0020 hrs



1 comment:

  1. Be positive...nanti aura positif akan datang kepada kita. Yang tak elok di masa lepas tu...lepaskanlah dan bebaskanlah dari minda agar kita boleh terus mara dan maju. Semua yang Allah kurniakan kepada kita samada baik atau tidak....sebenarnya adalah yang TERBAIK untuk kita. Percayalah padaNya.

    ReplyDelete