Nuffnang Ads

Friday, February 11, 2011

Terima Kasih.....

(Khas buat Allahyarhamah Puan Hajjah Kapsah Jaafar dan Allahyarhamah Puan Kamariah Yusof)


Cikgu,
Kala meniti usia begini,
Setelah bangku sekolah itu ku tinggalkan
Baru ku mengerti, memahami,
Apa yang kau cuba perjelaskan,

Cikgu,
Dahulu aku cukup membencimu,
Kau suka mengongkong diriku,
Memarahi diriku, tetapi tidak pernah ku endahkan,
Namun engkau masih mampu tersenyum ikhlas kepadaku,

Cikgu, 
Kala kau perjelaskan realiti kehidupan,
Kami leka, alpa dengan keseronokan,
Kami tidak endahkan teguranmu,
Namun kini baru kami mengerti apa maksudmu cikgu

Cikgu, 
Walaupun dikau meniti usia emas bersama keluarga tercinta,
Namun di hatimu, kami tetap berada di dalam hatimu cikguku,
Kami merindui teguran, marah mu suatu ketika dahulu,
Kami rasakan tanpa mu siapa lah kami hari ini....
Cikgu.......
Belum sempat kami ingin menunjukkan hasil kejayaan,
Berkat dari ilmu yang kau turunkan kepada kami,
Hati kami hancur luluh kala mendengar akan kepergianmu menghadap Ilahi,
Terkilan rasanya hati ini kerana tidak sempat bertemumu,

Cikgu,
Apa yang ingin aku luahkan disini,
Betapa aku terhutang budi kepadamu cikguku,
Kerana dikau mendidikku sehingga ke tahap ini,
Walaupun dikau kini telah pun pergi di jemput-Nya,
Namun jasamu tetap utuh di hati ini cikgu.....

Cikgu, 
Bersemadilah dikau dengan tenang di sana,
Hanya iringan doa dan Al-Fatihah buat peneman rindu mu,
Terima kasih cikgu kerana didikan mu,
Halalkan makan dan minum serta tunjuk ajar mu cikgu.....
Semoga Allah memberkati kalian berdua.....

Al-Fatihah.....


P/S: "Cikgu, terima kasih cikgu di atas segala tunjuk ajar cikgu pada saya selama ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa cikgu terhadap kami. Moga cikgu tenang di sana. Ya Allah Kau ampunilah dosa guru-guru kami Ya Allah yang sanggup berkorban demi kejayaan kami sehingga kami mengecapi kejayaan kami hari ini. Amin...."























-Fadhil Zhafri-
2300 hrs
Shah Alam

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kita hanya mempunyai satu cikgu sahaja dalam dunia ini. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. Jangan menyesal bila mereka tiad a lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam, Fadhil!

    Maaf sebab I tak ingat you masa di SMKSU dulu, tapi I terjumpa blog you masa I Google "puan kapsah smksu". I baru tau hari ni, melalui kawan, yang dia meninggal sebab barah uterus. Thank you for the post.

    Al-Fatihah for them.

    ReplyDelete
  4. Nadia, thanks for the comment. Ya saya pun dapat tahu yang Puan Kapsah dah meninggal dunia masa menziarahi jenazah Puan Kamariah di Masjid Al-Faalah USJ9.

    ReplyDelete
  5. Saya tertarik dengan sajak ini. Sdr ada bakat yang besar. Saya tahu sejak di Tingkatan 5 lagi. Ada rasa keteharuan, syahdu dan ingatan serta kenangan dalam sajak ini. Tahniah teruskan menulis.

    Daripada: Dr Aminudin Mansor@Ami Masra.

    ReplyDelete