Nuffnang Ads

Saturday, February 19, 2011

Mengingati Sesuatu




    
Resdung yang menyerang ku semalam kini semakin pulih selepas aku menelan dua butir aspirin dan hari ini aku berasa amat segar dan bertenaga, Alhamdulillah. Hari ini aku ingin berkongsi dengan kalian semua tentang kenangan lama ku sewaktu di bangku sekolah. Suatu zaman yang penuh dengan liku-liku kehidupan bergelar remaja dan cabaran yang terpaksa aku lalui. Walaupun 11 tahun telah berlalu, ya, 11 tahun aku meninggalkan bangku sekolah dan kini aku sedang sibuk meniti liku-liku kehidupan orang yang berkerjaya, cabarannya lebih hebat dari bangku sekolah kerana prestasi aku di nilai berdasarkan indeks prestasi kerja (KPI).


Baiklah, aku meninggalkan bangku sekolah rendah pada tahun 1995 selepas berjaya memperolehi keputusan sederhana untuk peperiksaan umum pertama yang aku duduki; UPSR. Aku tidak mempunyai banyak kenangan manis di Sekolah Rendah SS19, Subang Jaya kerana aku sebelum ini menetap di Terengganu. Jika di Terengganu, aku sememangnya mempunyai kombinasi kenangan manis dan pahit sewaktu berada di sana apatah lagi aku mempunyai rakan-rakan yang rata-rata saling memahami antara satu sama lain walaupun sering bergaduh; bergaduh mulut, maklumlah zaman kanak-kanak Ribena baru nak membesar. Aku memasuki Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman pada tahun 1991 dan di tempatkan di kelas 2 Delima. Masa itu, aku berkenalan dengan Wan Mohd Al-Hafidz Wan Adnan, Ahmad Eksan Razali, Rini Triany , Afnie Aziz dan lain-lain. Sejak dari itu, kami sememangnya ditakdirkan untuk sekelas bersama-sama hingga darjah lima. 

Tahun terakhir aku berada di Seri Kemaman adalah pada tahun 1994, aku berada di darjah lima kala itu apabila abah di tukarkan ke Kuala Lumpur. Setelah aku meninggalkan bumi Darul Iman, aku terputus hubungan dengan mereka sehingga wujudnya Friendster dan akhirnya fenomena terkini Facebook. Kini walaupun berjauhan namun kami tetap bersahabat dan terima kasih pada dunia tanpa sempadan ini kerana menemukan kami kembali setelah sekian lama terpisah. Kebanyakan zaman remaja aku di habiskan di Subang Jaya, dan perjalanan hidup ku menginjak usia remaja bermula kala aku melangkah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, Subang Jaya. Di situ, aku di tempatkan di tingkatan Satu Cekap dan disitu aku bercampur dengan bekas murid Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Subang, Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Rendah SS19 Subang Jaya. Guru kelas aku pada waktu itu Puan Yeoh Geok Pheng. Tingkatan satu merupakan suatu permulaan zaman remaja yang penuh dengan dugaan dan cabaran kerana di situlah jika kita tersilap langkah, susah untuk kita pulang ke keadaan asalnya. 





5 tahun aku bersekolah di  Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, Subang Jaya dan pelbagai ragam manusia dan pancaroba kehidupan yang telah aku lalui. Kadang kala aku merasakan pada itu, aku seorang diri dan merasakan diriku begitu kecil sekali jika dibandingkan dengan orang lain dari segi penampilan mereka pada masa itu, bayangkan aku terlalu naif dalam bab menggayakan pakaian sehingga penampilan diriku tidak mencerminkan yang aku masih di bangku sekolah, sehingga memberi kesan dan impak besar dalam hidupku. Rata-rata orang berkata aku kelihatan terlalu matang untuk usia 17 tahun. Lama kelamaan, aku nekad untuk teruskan perjuangan ku untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Aku merindui akan teguran keibuan para guru yang pernah mendidikku termasuklah ibuku sendiri Zulaika A Rahman Allahyarham Puan Hajah Kapsah Jaafar (rujuk Terima Kasih). Segala tunjuk ajar dan nasihat para guru aku jadikan azimat untuk aku meneruskan perjalananku menuju kejayaan. Walaupun 11 tahun telah berlalu namun aku rasakan bagaikan baru semalam aku meninggalkan sekolah itu. 





   

Jika aku dapat putarkan masa, aku ingin kembali ke zaman persekolahan aku yang aku rasakan, banyak telah aku sia-siakan dek kerana terlalu memikirkan dugaan yang aku lalui pada masa itu. Aku ingin berbuat baik dengan semua orang baik guru mahupun rakan taulan. Namun, aku pasrah dan redha kerana masa dan zaman itu tidak akan kembali lagi walaupun aku menangis berair mata darah sekalipun. Apa yang harus aku lakukan ialah meneruskan perjuangan ku di atas pentas dunia yang penuh dengan tipu daya dan helah ini. Kala aku menukilkan ini, aku terpandang akan sebuah puisi dan juga lagu dendangan Jim Croce pada tahun 1973, sama-sama kita menghayati lirik (di ambil dari Time In A Bottle

If I could save time in a bottle
The first thing that I'd like to do
Is to save every day 'til eternity passes away
Just to spend them with you

If I could make days last forever
If words could make wishes come true
I'd save every day like a treasure and then
Again, I would spend them with you

But there never seems to be enough time
To do the things you want to do once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one I want to go through time with

If I had a box just for wishes
And dreams that had never come true
The box would be empty except for the memory
Of how they were answered by you

But there never seems to be enough time
To do the things you want to do once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one I want to go through time with

Namun begitu, aku tidak mampu melawan takdir, maka aku teruskan juga perjuangan ku yang masih belum selesai. Aku akan terus melangkah di atas muka bumi ini sehinggalah hari aku menghembuskan nafas ku yang terakhir..... Buat pembaca budiman, hargailah zaman remaja anda kerana walau seburuk mana wajah dan perangai anda kala itu, kerana zaman itu tidak akan kembali lagi, dan aku telah sia-siakan zaman yang begitu berharga buatku. 





    

Aku terpaksa berhenti di sini kerana hati sedih dan sebak kerana mensia-siakan zaman remaja ku..... selamat merenung dan beramal...Insya-Allah....















-Fadhil Zhafri-
2107 hrs
Shah Alam

No comments:

Post a Comment