Resdung yang menyerang ku semalam kini semakin pulih selepas aku menelan dua butir aspirin dan hari ini aku berasa amat segar dan bertenaga, Alhamdulillah. Hari ini aku ingin berkongsi dengan kalian semua tentang kenangan lama ku sewaktu di bangku sekolah. Suatu zaman yang penuh dengan liku-liku kehidupan bergelar remaja dan cabaran yang terpaksa aku lalui. Walaupun 11 tahun telah berlalu, ya, 11 tahun aku meninggalkan bangku sekolah dan kini aku sedang sibuk meniti liku-liku kehidupan orang yang berkerjaya, cabarannya lebih hebat dari bangku sekolah kerana prestasi aku di nilai berdasarkan indeks prestasi kerja (KPI).