Nuffnang Ads

Showing posts with label Cabaran Hidup. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Hidup. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Will I Be Remembered?

This few days I feel very uncomfortable with some happenings around me. I feel as if I am alone and no one appreciates what I am doing. While engaging myself to boast up my confidence level, I came across this lyrics and song, taken from teh OST Cheers, a well know sitcom back in the 80's. Let's enjoy...

Saturday, February 19, 2011

Mengingati Sesuatu




    
Resdung yang menyerang ku semalam kini semakin pulih selepas aku menelan dua butir aspirin dan hari ini aku berasa amat segar dan bertenaga, Alhamdulillah. Hari ini aku ingin berkongsi dengan kalian semua tentang kenangan lama ku sewaktu di bangku sekolah. Suatu zaman yang penuh dengan liku-liku kehidupan bergelar remaja dan cabaran yang terpaksa aku lalui. Walaupun 11 tahun telah berlalu, ya, 11 tahun aku meninggalkan bangku sekolah dan kini aku sedang sibuk meniti liku-liku kehidupan orang yang berkerjaya, cabarannya lebih hebat dari bangku sekolah kerana prestasi aku di nilai berdasarkan indeks prestasi kerja (KPI).

Thursday, January 6, 2011

Amanatku di tahun 2011

Selepas seminggu aku melangkah ke than 2011, aku sedar bahawa perjalananku dalam meneruskan perjuanganku untuk berjaya dalam kerjayaku tidak semudah yang ku sangkakan. Rupanya banyak dugaan yang harus ku tempuhi untuk mengecapi impian yang gemilang itu. Banyak pengorbanan yang harus aku lakukan demi mencapai impian tersebut. Namun begitu aku kalanya terfikir adakah aku kuat untuk menongkah arus yang bakal melanda.

Namun kepercayaan ku terhadap Nya mengatasi segalanya. Aku percaya bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku harus redha dengan ketentuan Nya bagi setiap dugaan yang diberikan terhadapku. Aku percaya yang aku pasti akan berjaya mengecapi apa yang aku inginkan dal am hidupku. Terlalu banyak rintangan yang telah aku lalui sepanjang tahun lepas. Aku harapkan agar kehidupanku akan menjadi jauh lebih baik di than 2011 ini, mungkin tahun murah rezeki buat ku dan isterku.

Insya-Allah aku pasti akan berjaya. Aminnnn....... Selamat datang tahun 2011......

Monday, September 27, 2010

Cabaran Hidupku Di Atas Pentas Dunia


Sudah lama tidak ku coretkan nukilan di dalam laman keramat ku ini. Kesibukan di pejabat seharian serta berhadapan dengan seribu satu kerenah pelanggan mungkin membuatkan aku tidak mempunyai masa serta mood untuk menulis nukilan ku di sini. Sejak dua ini hati ku sentiasa gundah gulana dek kerana terlalu tertekan dengan tekanan kerja serta beberapa masalah yang datang bertimpa-timpa di atas diriku. Aku rindukan zaman ketika tiada satu pun yang perlu aku risau serta bimbangkan, ya zaman muda remaja ku.

Namun aku harus menerima hakikat bahawa aku telah semakin meningkat tua serta pelbagai tanggungjawab yang perlu aku laksanakan demi isteriku yang tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat kepadaku walaupun ada kalanya kami sering bertikam lidah; adat dalam dunia rumah tangga, hehehe..... "Don't you worry sayang, I will always love you"... Pelbagai dugaan datang dan pergi sepanjang kehidupan ku sebagai seorang suami, anak dan menantu. Kadang kala aku rasakan bagaikan mahu di potong-potong sahaja badan ku ini agar dapat ku puaskan hati semua pihak tetapi aku tahu aku hanyalah manusia biasa yang hanya mampu berbuat apa yang termampu sahaja.

Aku sentiasa menyangkakan bahawa aku sering jatuh di kala aku sedang berusaha untuk naik dan mara ke arah puncak kejayaan hidupku namun aku sering terjatuh sehingga aku rasakan tidak tertanggung lagi batinku menanggung beban yang melanda hidupku ini. Walaupun kerjaya aku boleh di katakan glamour, ye la jual Mercedes-Benz la katakan tetapi tidak semudah yang disangkakan, kadang kala aku boleh dapat pendapatan mewah tetapi kadang kala aku tersadung di tengah jalan. Aku kadang kala iri hati melihat kejayaan orang lain dalam hidup mereka walau pun usia muda tetapi aku tahu bahawa aku kena teruskan kehidupan ku serta tidak mempedulikan orang orang di sekeliling ku... aku akan teruskan perjalananku sehingga aku bertemu puncak kejayaan ku...

Walau bagaimana perit pun kehidupan ini, aku harus gagah menghadapi dugaan serta berani menyahut cabaran hidup di  atas pentas dunia yang penuh pancaroba ini. Biar lah ribut melanda tetapi menyerah kalah tidak sekali. Walaupun aku masih belum dikurniakan cahaya mata namun aku masih bersyukur kerana aku mempunyai seorang isteri yang begitu memahami serta sentiasa menenangkan aku di kala aku berduka, menangis serta ketawa bersamaku dikala susah dan senang. Aku rasakan bahawa aku ini hanyalah pelakon yang sedang berlakon di atas pentas dunia.

Aku harap agar aku tabah menghadapi cabaran hidup di atas pentas dunia ini..Rakan-rakanku serta saudara mara, nantikan kemunculan ku di puncak kejayaan! Moga-moga Allah memberkati diriku serta keluarga ku yang lain.... Aminnn....


-Fadhil Zhafri-
2000 hrs
Taman TTDI Jaya, Shah Alam.