Nuffnang Ads

Monday, September 27, 2010

Cabaran Hidupku Di Atas Pentas Dunia


Sudah lama tidak ku coretkan nukilan di dalam laman keramat ku ini. Kesibukan di pejabat seharian serta berhadapan dengan seribu satu kerenah pelanggan mungkin membuatkan aku tidak mempunyai masa serta mood untuk menulis nukilan ku di sini. Sejak dua ini hati ku sentiasa gundah gulana dek kerana terlalu tertekan dengan tekanan kerja serta beberapa masalah yang datang bertimpa-timpa di atas diriku. Aku rindukan zaman ketika tiada satu pun yang perlu aku risau serta bimbangkan, ya zaman muda remaja ku.

Namun aku harus menerima hakikat bahawa aku telah semakin meningkat tua serta pelbagai tanggungjawab yang perlu aku laksanakan demi isteriku yang tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat kepadaku walaupun ada kalanya kami sering bertikam lidah; adat dalam dunia rumah tangga, hehehe..... "Don't you worry sayang, I will always love you"... Pelbagai dugaan datang dan pergi sepanjang kehidupan ku sebagai seorang suami, anak dan menantu. Kadang kala aku rasakan bagaikan mahu di potong-potong sahaja badan ku ini agar dapat ku puaskan hati semua pihak tetapi aku tahu aku hanyalah manusia biasa yang hanya mampu berbuat apa yang termampu sahaja.

Aku sentiasa menyangkakan bahawa aku sering jatuh di kala aku sedang berusaha untuk naik dan mara ke arah puncak kejayaan hidupku namun aku sering terjatuh sehingga aku rasakan tidak tertanggung lagi batinku menanggung beban yang melanda hidupku ini. Walaupun kerjaya aku boleh di katakan glamour, ye la jual Mercedes-Benz la katakan tetapi tidak semudah yang disangkakan, kadang kala aku boleh dapat pendapatan mewah tetapi kadang kala aku tersadung di tengah jalan. Aku kadang kala iri hati melihat kejayaan orang lain dalam hidup mereka walau pun usia muda tetapi aku tahu bahawa aku kena teruskan kehidupan ku serta tidak mempedulikan orang orang di sekeliling ku... aku akan teruskan perjalananku sehingga aku bertemu puncak kejayaan ku...

Walau bagaimana perit pun kehidupan ini, aku harus gagah menghadapi dugaan serta berani menyahut cabaran hidup di  atas pentas dunia yang penuh pancaroba ini. Biar lah ribut melanda tetapi menyerah kalah tidak sekali. Walaupun aku masih belum dikurniakan cahaya mata namun aku masih bersyukur kerana aku mempunyai seorang isteri yang begitu memahami serta sentiasa menenangkan aku di kala aku berduka, menangis serta ketawa bersamaku dikala susah dan senang. Aku rasakan bahawa aku ini hanyalah pelakon yang sedang berlakon di atas pentas dunia.

Aku harap agar aku tabah menghadapi cabaran hidup di atas pentas dunia ini..Rakan-rakanku serta saudara mara, nantikan kemunculan ku di puncak kejayaan! Moga-moga Allah memberkati diriku serta keluarga ku yang lain.... Aminnn....


-Fadhil Zhafri-
2000 hrs
Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment