Nuffnang Ads

Monday, September 27, 2010

Kelohan 1975





Kelohan 1975

Abang Ramlee,
Sejuk tanah Ampang di redup petang,
Rimbun daun tembusu memayungi pusara mu,
Gemersik bisikannya menyambutku,
Seakan terdengar suara abang,
Dalam rindu di sayap angin lalu,
Abang, ku simpan sedu di lapis hati

Ku keringkan air mata Kuala Lumpur yang sepi,
Piano dan biolamu tetap seperti dulu,
Rumah kita dan alam seni lah duniaku,
Tiap pagi Jumaat mengusapi rindu,
Membacakan Fatihah di nisan pusara mu,

Kenanganku, adalah juga kenangan masyarakat,
Seniman seniwati dan para sahabat,
Yang merasa terhutang budi kerana asuhan pimpinan Abang Ramlee,

Melalui sejuk tanah Ampang,
Melalui rimbun senyum tembusu,
Melalui wangi kuntum kemboja,
Hmmm….berkat keramat selendang putihku yang abang belikan dulu,
Semoga abang mendengar bisikan kenangan,
Dari sebuah lagu kesayangan ciptaan Abang Ramlee ku,
Dalam rindu kasih suara isterimu…

Damai kekasihku di pusaramu,
Sejuk tanah Ampang di redup petang,
Angin lalu bisikkan lah oh rinduku,
Dalam lagu kesayangan oh abangku……..

No comments:

Post a Comment