Nuffnang Ads

Sunday, February 13, 2011

Semua Tentang Kita....

Malam ini aku ingin berkongsi bersama rakan-rakan semua tentang sebuah lagu yang aku sehingga kini abadikan di dalam diriku sebagai tanda persahabatan aku bersama rakan-rakan sewaktu aku menuntut di UiTM Perlis. Jujur ku katakan bahawa setiap saat aku bersama mereka, itu lah kenangan terindah yang aku pernah alami sehingga kini. Benar kata orang, sahabat datang dan pergi tetapi sahabat sejati yang kekal bersama kita tidak kira kala susah atau senang. Kala kita bersedih mereka turut bersedih dan kala kita gembira, mereka turut bergembira. 


Aku masih teringat saat bermain skuash bersama-sama di kompleks sukan UiTM Perlis. Walaupun kami tidak lah sehebat Nicole Ann David tetapi kami bermain sebagai satu pasukan. Seronok nya bermain bersama-sama memang tidak dapat aku bayangkan. Sehingga kini masih aku terbayang-bayang akan kenangan bermain skuash bersama-sama mereka. Selepas bermain, kami akan berkumpul bersama-sama melepaskan lelah setelah penat bermain kemudian kami akan ke kedai makan berdekatan untuk minum bersama-sama. Itu lah saat-saat yang paling manis buat diriku.Pasukan rumah sewa yang konsisten bermain skuash bersama-sama; Apit, Amir, Aku dan Fique.

Dan satu lagi kenangan yang pasti tersimpan jauh di dalam hatiku, ketika itu aku, Amir dan Apit mengambil kursus jangka pendek sewaktu cuti semester. Kami berasa bosan sangat malam itu lalu aku mencapai kunci kereta dan kami terus menghala ke Kuala Perlis menikmati keindahan malam di persisiran pantai Kuala Perlis. Namun kami masih tidak dapat melepaskan rasa bosan kami, lalu dari Kuala Perlis kami terus memandu ke Alor Setar. Ya, Alor Setar.... memang kepala tengah padat dengan assignment dan persediaan untuk peperiksaan akhir, kami ke Alor Setar dan melepak di Stadium Alor Setar. Sepanjang perjalanan itu, banyak perkara yang kami bincangkan termasuklah hala tuju masa hadapan dan Alhamdulillah kami kini berada di landasan yang kami rancang.

Perjalanan akhir ku bersama-sama rakan-rakan serumah ku setelah tamat peperiksaan akhir kursus jangka pendek UiTM. Masih aku ingat selepas habis sahaja peperiksaan itu, kami terus pulang ke rumah sewa kami dan terus berkemas-kemas untuk pulang ke kampung halaman kami. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pulau Pinang, paling tepat Juru Autocity dan terus menghala ke McDonald's di sana untuk makan malam tetapi boleh dikatakan melepas rindu dendam terhadap McDonald's. Hehehe.... setelah matahari terbenam kami teruskan perjalanan kami menghala ke Ipoh, tidur semalam lagi di rumah Amir (terima kasih Aunty Ita dan Uncle Aziz). Keesokannya, kami sempat naik ke Cameron Highlands menghantar Apit ke rumah ibu bapanya sambil-sambil berjalan di sana. Di situlah titik perpisahan aku dengan Apit kerana aku akan pulang ke Kuala Lumpur bersama Amir. Aku rindukan saat itu.... 

Jika aku dapat  memutar masa, ingin aku kembali ke zaman muda remaja ku, kala aku bergelar mahasiswa kerana di situlah erti persahabatan di definisikan. Aku ingin putarkan masa itu tetapi apakan daya, hidup mesti diteruskan dan usia aku makin menginjak dari tahun ke tahun. Kini aku bukan lagi seorang mahasiswa; aku adalah Ahmad Fadhil Zhafri, seorang pegawai pemasaran, seorang suami dan seorang anak dan menantu. Sama juga seperti Apit dan Amir. Kini apa yang dapat aku abadikan, hanyalah kenangan bersama kalian semua. Memang kalian yang terbaik dan kehadiran kalian dalam hidupku sedikit sebanyak mewarnai hidupku yang penuh liku ini. Bersama-sama kita bertahan di atas puing-puing kehidupan yang rapuh.... Insya-Allah. Sama-sama kita menghayati lirik (puisi) lagu dendangan Ariel Peterpan yang pernah menjadi fenomena di kalangan muda remaja suatu masa dahulu.... memang aku menitiskan air mata kala menghayati lirik penuh puitis dan gramatis ini.

Semua Tentang Kita

Waktu terasa semakin berlalu,
Tinggalkan cerita tentang kita,
Akan tiada lagi kini tawamu,
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia, 
Dan kita bersama saat dulu kala,
Ada cerita tentang masa yang indah,
Saat kita berduka, saat kita tertawa...

Teringat di saat kita tertawa bersama,
Ceritakan semua tentang kita......

No comments:

Post a Comment