Aku terpanggil untuk mencoretkan hala tuju golongan muda remaja hari ini. Bukan untuk mencari kesalahan orang lain tetapi sekadar meluahkan perasaan risau ku terhadap anak muda bangsaku yang boleh ku katakan kini kian layu. Malahan aku menjadi takut kerana aku juga mempunyai seorang adik yang sedang menginjak usia remaja. Aku risau, takut dengan apa yang di hidangkan di hadapan ku ini. Remaja tendang guru, bergaduh, bahkan ada juga yang sanggup menyerahkan mahkota diri untuk orang yang tidak diketahui asal usul mereka dan motif mereka bersahabat.
Kadang kala aku rasa macam nak menampar sahaja golongan muda remaja yang berlagak kononnya mereka dah besar dan tahu menjaga diri mereka dengan nada sombongnya. Mereka kata zaman dah berubah jadi nasihat orang yang lebih tua dari mereka tidak lagi boleh di terima pakai bahkan ada yang menyatakan nasihatku itu sudah ketinggalan zaman. Aku pun pernah menjadi remaja yang kuat memberontak tetapi tidak sehingga aku bersikap kurang ajar dengan orang yang lebih tua dariku. Di mana kah sikap berbudi bahasa mereka sehingga mereka menjadi seorang yang sangat kurang ajar? Jika suatu masa dahulu, remaja bawah umur jika ingin menghisap rokok mereka akan melakukannya di tempat yang paling tersembunyi kerana takut di tangkap guru atau kenalan ibu bapa mereka tetapi kini, lagaknya mengalahkan orang yang sudah bekerja dan orang tua tanpa segan silu menyalakan rokok di hadapan pintu pagar sekolah mereka. Eee..... rasa macam nak lempang je seorang demi seorang!
Apakah ibu bapa kini telah kehilangan kuasa mereka untuk mendidik anak mereka semata-mata ingin menjaga hati dan perasaan mereka sehingga perasaan sendiri terguris? Atau pun ibu bapa yang mengambil sikap sambil lewa dengan alasan "Ala, remaja biasa la, aku pun pernah buat pe?" ini lah alasan yang paling x dapat diterima akal oleh aku. Ya, suatu masa dahulu kita pernah buat perkara itu tetapi x kan anak sendiri kita x boleh nak bentuk supaya jangan ikut jejak langkah kita? Aku menjadi takut, risau; adakah aku boleh menjadi seorang bapa yang baik yang sanggup menegur kesalahan anaknya ataupun bapa yang umpama lembu di cucuk hidung menurut kemahuan anak yang sememangnya bermasalah demi menjaga hati mereka? Aku takut untuk semua itu, aku hanya berdoa agar aku dikurniakan anak yang soleh dan solehah bukan anak syaitan! Ya Allah jauhkan lah semua itu Ya Allah!. Aku ingin menjadi seorang bapa seperti abahku, abah memang seorang yang tegas dalam mendidikku bahkan x semua benda yang aku minta dia akan turutkan melainkan dengan syarat agar aku berjaya dalam pelajara, jika aku tersilap abah akan marah aku dan lihat lah diriku hari ini! Abah, Fadhil x salahkan abah pun kalau abah marahkan saya, tapi lihat lah diri saya hari ini abah.... (air mataku sudah mengalir)
Aku harapkan agar remaja hari ini agar kembali ke pangkal jalan kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Sepuluh tahun dahulu aku pernah di rotan cikgu kerana tidak menyiapkan kerja rumah tetapi hari ini kena rotan je masuk mahkamah.... dungu ke apa? Aihhh renungkan lah dan selamat beramal....
-Fadhil Zhafri-
1815 hrs
Ara Damansara
No comments:
Post a Comment