Nuffnang Ads

Saturday, February 12, 2011

Rindu Terubat Jua...

Aku bagaikan terbang di awang-awangan malam ini kerana rindu ku terhadap penghuni rumah berhantu (rujuk Rumah Itu Berhantu)
terubat jua. Aku baru sahaja pulang dari berjumpa mereka di Putrajaya. Bayangkan apa bila hantu-hantu rumah berhantu itu berjumpa, bagaikan gegak gempita gelak tawa kami memecah kepikukan penyokong bola sepak yang menonton di situ tadi. 

Banyak perkara yang di bualkan dari kehidupan masa lalu sewaktu menghuni rumah berhantu itu hinggalah ke soal pekerjaan masing-masing, ini lah perjumpaan jejaka berkerjaya. Dua jejaka yang telah bergelar suami orang (seorang sedang menanti kehadiran orang baru) dan dua lagi masih kosong (nak kena sahkan dahulu). Bagaikan tidak percaya bila kami bertemu kembali. Mereka tetap orang yang sama, sama seperti mereka yang ku kenali suatu masa dahulu di Perlis Indera Kayangan. 

Apa yang aku harapkan agar persahabatan ini berkekalan hingga lah ke nafas ku yang akhir andai kata aku ditakdirkan pergi dahulu. Mereka bagaikan ahli keluargaku kala menetap di rumah berhantu itu. Kami lah hantu yang menghantui rumah berhantu itu. Mengenali mereka merupakan suatu rahmat di sebalik kejadian banjir di Perlis suatu masa dahulu. Mereka lah sahabatku, mereka lah keluargaku. 

Akhir kalam, hargailah sahabat kita kerana sahabat datang dan pergi dan hanya sahabat sejati yang kekal bersama kita. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. Insya-Allah.....




















-Fadhil Zhafri-
0309 hrs
Shah Alam

No comments:

Post a Comment