Nuffnang Ads

Sunday, February 13, 2011

Hingga Penghujung Hidupku.....


Kala pertama aku berjumpa denganmu,
Bagaikan ada suatu kuasa yang menarik perhatianku,
Ku sangkakan hanyalah mainan perasaan ku kala itu,
Namun tiada siapa menyangka itu lah bermulanya sebuah kisah.....

Dari makan malam ke bowling,
Di mana ada engkau disitu ada aku,
Umpama berjanji, itu lah pertama kalinya aku menegurmu,
Tidak pernah aku menyangka itu lah bermulanya bibit persahabatan,
Persahabatan yang berakhir dengan percintaan....

Engkau bagaikan malaikat, 
Malaikat yang dihantar untuk melindungi diriku yang pernah disakiti kerana cinta,
Engkau menyentuh hatiku dengan penuh rasa kasih dan sayang,
Engkau bersedih kala aku bersedih,
Engkau gembira kala aku gembira, 
Walau berat mana dugaan yang melanda, engkau tetap setia bersamaku,

Kala aku melafaz aqad nikah,
Aku bagaikan tidak percaya, engkau kini milikku,
Engkau kini bertakhta di hatiku,
Hatimu sungguh suci dan luhur, 
Alangkah beruntungnya diri ini,
Kau umpama tulang belakangku yang baru, 
membangkitkan aku dari kekecewaan lalu......


Selagi hayatku masih ada,
Aku akan terus dan terus menyayangimu,
Engkau lah racun engkaulah penawar setiap sakitku,
Aku tidak akan melupakan jasamu...
Hanya Tuhan yang tahu betapa diri ini mencintaimu dan menyayangimu...
Hingga ke penghujung hidupku....
Hingga mati memisahkan kita....

Aku cintakan mu sayang.......

Puisi ini ku tujukan khas buat permaisuri hatiku yang banyak membantuku dalam membentuk diriku hari ini. Seorang yang tabah, penyabar, penyayang dan manja, tanpa dia aku tidak mampu menghadapi dugaan ini. Dia yang banyak mengajar aku erti realiti kehidupan yang penuh fana. Selagi hayatku dikandung badan, akan aku lindunginya, menyayanginya sepenuh hatiku. Aku tidak perlu menunjukkan bagaimana aku menyayanginya tetapi cukuplah sekadar luahan hati dan juga perbuatan. Permaisuri hatiku, terima kasih di atas segala-galanya. X mampu untuk aku membalas budimu dan ketabahan hatimu menghadapi dugaan ini bersama-sama. Aku cinta padamu...... Hanya engkau, permaisuri hatiku hingga akhir hayatku....





















Salam sayang dari suamimu yang tercinta....
-Fadhil Zhafri-
0008 hrs
Shah Alam


No comments:

Post a Comment