13 March 1984- Menyambut kelahiran yang pertama di Bangsar Park bersama ibu bapa tercinta dan sanak saudara yang lain di sana. Pertama kalinya di ucapkan Selamat Hari Jadi yang Pertama dan di bawa bersiar-siar di Taman Tugu Peringatan Negara dan itu lah kali pertama mengenali wajah ibu dan bapa. Kerana sebelum ini hanya boleh menghidu bau orang tua nya dan rangsangan. Kali pertama duduk di belakang di atas kerusi bayi bersendirian bertemankan si teddy bear.
13 March 1985- Menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-2 bersama adik yang di sayangi. Pertama kalinya menjadi seorang abang. Selepas sempat bermanja sebagai anak tunggal selama 1 tahun 8 bulan. Dia amat menyayangi adik yang kedua kerana sudah mempunyai teman untuk bermain bersama. Adiknya bernama Ahmad Fateh Zhafri Bin Ahmad Fuad. Dalam adik-beradik Fateh ini yang paling berat rasanya masa di lahirkan. Dan masih rapat hingga ke hari ini walaupun sering bercakaran (adat adik beradik)
13 March 1986- Menyambut ulang tahun ke-3 sambil menunggu ketibaan adik yang ketiga. Selamat dikhatankan di Pantai Medical Center. Memang seronok menyambut hari lahir pada setiap tahun. Walaupun sambutan secara sederhana namun hatiku bahagia sekali. Adik yang ketiga, dilahirkan pada 11 Mei 1986, lebih kurang 3 bulan setelah menginjak usia ke 3 tahun.
Itu merupakan senario ketika aku menyambut hari kelahiranku pada setiap tahun di awal zaman kanak-kanakku. Bagaimana rasanya kan bila ada anak nanti? Pasti aku akan turut sama menghitung hari-hari yang bakal mendatang bersama cahaya mata yang tesayang. Bagaimana abah dan mama menyayangi aku, macam itulah jua kasih sayang aku yang akan aku curahkan kepada cahaya mata ku nanti (itu pun sekiranya Tuhan memperkenankan permintaan ku ini) Setiap hari aku berdoa agar aku beroleh cahaya mata agar aku bisa menyambung generasi keluarga ibu dan bapaku. Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya namun aku tidak berhenti dan puas berdoa agar Allah memperkenankan permintaanku yang satu ini. Aku ingin merasa pahit maung dalam membesarkan cahaya mata aku sendiri sebagaimana orang lain.
Mungkin ini sebahagian daripada ujian daripada-Nya buat hamba yang kerdil ini. Mungkin fizikalnya aku telah bersedia tetapi bukan di mata-Nya kerana Dia lebih mengetahui apa yang telah direncanakan oleh-Nya sejak azali lagi. Aku harus redha dan pasrah dengan ketentuan-Nya, bukan melawan takdir yang telah ditentukan-Nya. Cuma apa yang aku harapkan agar Allah memperkenankan permintaan ku yang satu ini kala kedua orang tuaku masih ada. Mulut orang boleh berkata apa sahaja tetapi di hati ini hanya Allah sahaja yang mengetahui-Nya. Aku seorang hamba Allah, beragama Islam yang beriman kepada-Nya, aku percaya pada rukun Iman dan rukun Islam tetapi sebagai manusia biasa, aku tidak dapat lari daripada ujian-Nya. Dia menduga aku dengan dugaan sebegini. Aku kasih pada-Nya kerana itu aku meredhakan segala apa yang telah ditentukan oleh-Nya. Aku berharap agar aku tidak terkilan di suatu hari kelak bila segalanya sudah terlambat. Dunia ini memang kejam, pentas lakonan semata-mata, ada manusia yang di hadapan kita bagaikan malaikat tetapi di belakang, dialah Sang Rajuna Tapa yang durjana dan sebaliknya. Kala aku melangkah melintasi ranjau kehidupanku di atas puing-puing kehidupan yang rapuh ini, banyak aku saksikan manusia yang bertopengkan syaitan di keliling ku. Syaitan-syaitan yang membuang anak secara berleluasa, ini bukan manusia tetapi SYAITAN! ya SYAITAN yang bertopengkan manusia! Apakah dosa anak itu sehingga tergamak mereka membuang anak itu, tidak kah mereka sedar bahawa ramai lagi manusia di luar sana yang inginkan anak tetapi masih belum dikurniakan lagi? sedangkan mereka bersuka-suka berzina sehingga melahirkan anak luar nikah selepas itu terus membuang anak yang tidak berdosa itu atau pun tergamak membunuh anak itu, apakah dosa mereka? APAKAH DOSA MEREKA?!? Ya Allah, mengapa ada manusia jahiliyah seperti ini wujud di muka bumi ini Ya Allah? Mereka tidak takutkan azab Mu Ya Allah! Dan tidak kurang juga syaitan-syaitan yang tergamak mendera darah daging sendiri. Apakah mereka ingat kanak-kanak ini tidak berperasaan? Mereka adalah MANUSIA bukannya BINATANG mahupun PATUNG yang tidak bernyawa. Maafkan ayat yang agak pedas dalam nukilanku pada malam ini....
-Fadhil Zhafri-
0025 hrs
Shah Alam

Kisah perjalanan hidupku yang masih jauh dan berliku-liku.... aku kini bertahan di atas puing-puing kehidupan yang rapuh....
ReplyDelete