Resdung yang menyerang ku semalam kini semakin pulih selepas aku menelan dua butir aspirin dan hari ini aku berasa amat segar dan bertenaga, Alhamdulillah. Hari ini aku ingin berkongsi dengan kalian semua tentang kenangan lama ku sewaktu di bangku sekolah. Suatu zaman yang penuh dengan liku-liku kehidupan bergelar remaja dan cabaran yang terpaksa aku lalui. Walaupun 11 tahun telah berlalu, ya, 11 tahun aku meninggalkan bangku sekolah dan kini aku sedang sibuk meniti liku-liku kehidupan orang yang berkerjaya, cabarannya lebih hebat dari bangku sekolah kerana prestasi aku di nilai berdasarkan indeks prestasi kerja (KPI).
Nuffnang Ads
Showing posts with label Pentas dunia. Show all posts
Showing posts with label Pentas dunia. Show all posts
Saturday, February 19, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Friday, February 11, 2011
Terima Kasih.....
(Khas buat Allahyarhamah Puan Hajjah Kapsah Jaafar dan Allahyarhamah Puan Kamariah Yusof)
Tuesday, October 12, 2010
Hanya Pada-Mu Ku Berserah
Entah mengapa kebelakangan ini aku rasa hati ku tidak setenteram dahulu. Jika satu masa dahulu aku bisa menongkah langit menghadapi segala dugaan hidup tetapi mengapa kini aku rasakan diri ku umpama layang-layang yang terputus talinya terawang-awang di udara. Aku bermuhasabah diri seketika, memikirkan di mana silapnya dibelakang setiap kejadian yang menimpa diriku. Adakah aku secara tidak sengaja melupakan-Nya? Atau pun hanya sekadar perasaan ku sahaja kerana? Perasaan ku bahawa aku secara sedar atau tidak yang aku telah melupakan-Nya semakin kuat terasa di lubuk sanubari ini kerana di kala aku senang, aku alpa, leka dengan urusan duniawi sehingga melupakan ukhrawi, tanpa ku sedari air mataku mulai bergenang di kelopak mataku. Ya Allah, hanya pada-Mu aku pasrahkan hasrat ku ini kepada-Mu. Aku sesungguhnya hamba-Mu yang banyak melakukan dosa terhadap-Mu Ya Allah, aku rasakan diriku begitu kerdil dan hina di mata-Mu Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa ku Ya Allah. Aku banyak berdosa serta meninggalkan arahan-Mu Ya Allah! Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa ku yang lalu Ya Allah. Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Mu Ya Allah. Berikanlah ku kekuatan untuk mengharungi sandiwara dunia ini Ya Allah! Hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah!
Dari Engkau aku dijadikan, dan kepada-Mu jua lah aku kembali, berilah aku peluang untuk memperbaiki segala kesilapan serta kekhilafan ku di masa lalu Ya Allah sebelum aku di jemput menghadap-Mu Ya Allah. Kau limpahkan lah rezeki-Mu yang melimpah ruah ke atas semua hamba-Mu yang beriman kepada-Mu Ya Allah! Kau buka kan lah pintu rezeki-Mu Ya Allah ke atas umat-umat Islam di seluruh dunia termasuk diriku Ya Allah! Kami bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah!
Moga-moga segala perasaan gundah ku di dunia ini dapat di atasi dengan bantuan serta keredhaan-Mu Ya Allah! Berikanlah aku peluang untuk memperbaiki kekhilafan ku di masa lalu Ya Allah. Amin Ya Rabbal'alamin.
-Fadhil Zhafri-
NZ Wheels Klang Autohaus
1112 hrs
Monday, September 27, 2010
Cabaran Hidupku Di Atas Pentas Dunia
Sudah lama tidak ku coretkan nukilan di dalam laman keramat ku ini. Kesibukan di pejabat seharian serta berhadapan dengan seribu satu kerenah pelanggan mungkin membuatkan aku tidak mempunyai masa serta mood untuk menulis nukilan ku di sini. Sejak dua ini hati ku sentiasa gundah gulana dek kerana terlalu tertekan dengan tekanan kerja serta beberapa masalah yang datang bertimpa-timpa di atas diriku. Aku rindukan zaman ketika tiada satu pun yang perlu aku risau serta bimbangkan, ya zaman muda remaja ku.
Namun aku harus menerima hakikat bahawa aku telah semakin meningkat tua serta pelbagai tanggungjawab yang perlu aku laksanakan demi isteriku yang tidak pernah jemu memberikan kata-kata semangat kepadaku walaupun ada kalanya kami sering bertikam lidah; adat dalam dunia rumah tangga, hehehe..... "Don't you worry sayang, I will always love you"... Pelbagai dugaan datang dan pergi sepanjang kehidupan ku sebagai seorang suami, anak dan menantu. Kadang kala aku rasakan bagaikan mahu di potong-potong sahaja badan ku ini agar dapat ku puaskan hati semua pihak tetapi aku tahu aku hanyalah manusia biasa yang hanya mampu berbuat apa yang termampu sahaja.
Aku sentiasa menyangkakan bahawa aku sering jatuh di kala aku sedang berusaha untuk naik dan mara ke arah puncak kejayaan hidupku namun aku sering terjatuh sehingga aku rasakan tidak tertanggung lagi batinku menanggung beban yang melanda hidupku ini. Walaupun kerjaya aku boleh di katakan glamour, ye la jual Mercedes-Benz la katakan tetapi tidak semudah yang disangkakan, kadang kala aku boleh dapat pendapatan mewah tetapi kadang kala aku tersadung di tengah jalan. Aku kadang kala iri hati melihat kejayaan orang lain dalam hidup mereka walau pun usia muda tetapi aku tahu bahawa aku kena teruskan kehidupan ku serta tidak mempedulikan orang orang di sekeliling ku... aku akan teruskan perjalananku sehingga aku bertemu puncak kejayaan ku...
Walau bagaimana perit pun kehidupan ini, aku harus gagah menghadapi dugaan serta berani menyahut cabaran hidup di atas pentas dunia yang penuh pancaroba ini. Biar lah ribut melanda tetapi menyerah kalah tidak sekali. Walaupun aku masih belum dikurniakan cahaya mata namun aku masih bersyukur kerana aku mempunyai seorang isteri yang begitu memahami serta sentiasa menenangkan aku di kala aku berduka, menangis serta ketawa bersamaku dikala susah dan senang. Aku rasakan bahawa aku ini hanyalah pelakon yang sedang berlakon di atas pentas dunia.
Aku harap agar aku tabah menghadapi cabaran hidup di atas pentas dunia ini..Rakan-rakanku serta saudara mara, nantikan kemunculan ku di puncak kejayaan! Moga-moga Allah memberkati diriku serta keluarga ku yang lain.... Aminnn....
-Fadhil Zhafri-
2000 hrs
Taman TTDI Jaya, Shah Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)



