Resdung yang menyerang ku semalam kini semakin pulih selepas aku menelan dua butir aspirin dan hari ini aku berasa amat segar dan bertenaga, Alhamdulillah. Hari ini aku ingin berkongsi dengan kalian semua tentang kenangan lama ku sewaktu di bangku sekolah. Suatu zaman yang penuh dengan liku-liku kehidupan bergelar remaja dan cabaran yang terpaksa aku lalui. Walaupun 11 tahun telah berlalu, ya, 11 tahun aku meninggalkan bangku sekolah dan kini aku sedang sibuk meniti liku-liku kehidupan orang yang berkerjaya, cabarannya lebih hebat dari bangku sekolah kerana prestasi aku di nilai berdasarkan indeks prestasi kerja (KPI).
Nuffnang Ads
Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts
Saturday, February 19, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Aku Sepuluh Tahun Lepas vs Remaja Hari Ini....
Aku terpanggil untuk mencoretkan hala tuju golongan muda remaja hari ini. Bukan untuk mencari kesalahan orang lain tetapi sekadar meluahkan perasaan risau ku terhadap anak muda bangsaku yang boleh ku katakan kini kian layu. Malahan aku menjadi takut kerana aku juga mempunyai seorang adik yang sedang menginjak usia remaja. Aku risau, takut dengan apa yang di hidangkan di hadapan ku ini. Remaja tendang guru, bergaduh, bahkan ada juga yang sanggup menyerahkan mahkota diri untuk orang yang tidak diketahui asal usul mereka dan motif mereka bersahabat.
Subscribe to:
Posts (Atom)