Nuffnang Ads

Showing posts with label Aku dan kenangan. Show all posts
Showing posts with label Aku dan kenangan. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Semua Tentang Kita....

Malam ini aku ingin berkongsi bersama rakan-rakan semua tentang sebuah lagu yang aku sehingga kini abadikan di dalam diriku sebagai tanda persahabatan aku bersama rakan-rakan sewaktu aku menuntut di UiTM Perlis. Jujur ku katakan bahawa setiap saat aku bersama mereka, itu lah kenangan terindah yang aku pernah alami sehingga kini. Benar kata orang, sahabat datang dan pergi tetapi sahabat sejati yang kekal bersama kita tidak kira kala susah atau senang. Kala kita bersedih mereka turut bersedih dan kala kita gembira, mereka turut bergembira. 

Tuesday, February 8, 2011

Aku Dan Kenangan

Sambil merehatkan diri memikirkan hala tujuku di masa hadapan, tiba-tiba idea datang lagi, memang idea untuk menulis keluar kala orang lain sibuk menyiapkan diri untuk merehatkan badan sebelum meneruskan pekerjaan mereka keesokan harinya. Malam ini, aku ingin berkongsi sebuah puisi yang telah dijadikan lagu oleh sebuah kumpulan retro 70-an di Malaysia, yang menggelar diri mereka, The Brain Connection. Lagu mereka sungguh menyentuh perasaan ku terutama sekali kala teringat akan zaman muda remaja ku yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Sama-sama kita hayati puisi ini....