Nuffnang Ads

Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal 2011....

Berakhirnya 2011 bererti, setahun sudah berlalu dan Januari muncul kembali. Namun kalanya aku terfikir apakah aku berjaya menjadi seorang suami, anak dan hamba-Nya? Jika ingin aku menyesali apa yang telah berlaku, semuanya sudah tertulis dalam diari 2011, 365 hari 12 bulan kehidupan ku sepanjang tempoh itu dan aku tak dapat mengulangi semuanya. 2011 menyaksikan perjalananku yang penuh cabaran dan pancaroba dan paling menyedihkan aku masih meraba-raba dalam kegelapan mencari diriku yang sebenarnya. Semoga 2012 merupakan tahun keramat dan penuh dengan keredhaan-Nya Insya-Allah. Ingin ku dekati-Mu dan memohon ampun kepada-Mu Ya Allah. Berikan aku kekuatan agar aku tabah menghadapi 2012 dengan tenang dan redha. 2011 banyak mengajar ku erti kehidupan dan ingin aku menjadi insan yang lebih baik dan dekat dengan-Mu Ya Allah. Selamat tinggal 2011........










































-Fadhil Zhafri-
Naza-Brabus Motor Sdn Bhd

Thursday, January 6, 2011

Amanatku di tahun 2011

Selepas seminggu aku melangkah ke than 2011, aku sedar bahawa perjalananku dalam meneruskan perjuanganku untuk berjaya dalam kerjayaku tidak semudah yang ku sangkakan. Rupanya banyak dugaan yang harus ku tempuhi untuk mengecapi impian yang gemilang itu. Banyak pengorbanan yang harus aku lakukan demi mencapai impian tersebut. Namun begitu aku kalanya terfikir adakah aku kuat untuk menongkah arus yang bakal melanda.

Namun kepercayaan ku terhadap Nya mengatasi segalanya. Aku percaya bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku harus redha dengan ketentuan Nya bagi setiap dugaan yang diberikan terhadapku. Aku percaya yang aku pasti akan berjaya mengecapi apa yang aku inginkan dal am hidupku. Terlalu banyak rintangan yang telah aku lalui sepanjang tahun lepas. Aku harapkan agar kehidupanku akan menjadi jauh lebih baik di than 2011 ini, mungkin tahun murah rezeki buat ku dan isterku.

Insya-Allah aku pasti akan berjaya. Aminnnn....... Selamat datang tahun 2011......