Ya, adik perempuan ku yang cukup aku sayangi hingga seekor jentik-jentik pun aku x izinkan hinggap atas badannya kini sudah menjadi isteri orang. Aku bagaikan tidak percaya pada 3 June 2011 tepat jam 2035 hrs,
dengan sekali lafaz oleh si suami, Mohd Halim Husin, adikku kini sah menjadi isterinya. Kepada Mohd Halim Husin, selamat datang ke keluarga Haji Ahmad Fuad Jaafar. Faradyla Fuad, bukannya nama yang asing dalam dunia blogging, lihat sahaja pautan blog nya; FaraDyla Itu Adalah Aku sudah cukup menunjukkan character nya yang tegas, manja dan penyayang; abang long sayang kat kau Fara.....Kala Halim menyarungkan cincin nikah di jarinya, aku tersentuh bercampur gembira, apa tidaknya, aku kini sudah mempunyai adik ipar yang aku tahu cukup menyayangi diri adikku ini. Aku masih teringat bagaimana dia berusaha keras untuk memenangi hati ku sewaktu dia berkawan dengan Fara dahulu. Halim bagaikan satu dalam sejuta insan yang pernah aku jumpa; hati dia baik dan luhur; belum pernah aku berjumpa dengan orang sebaik dia sepanjang aku melalui kehidupan fana ini. Kini aku mampu menarik lafaz lega kerana aku yakin Fara bahagia dan selamat dengannya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ku ini. Ku yakin Halim mampu membahagiakan Fara dengan penuh kasih sayang.
Fara, tidak ada apa yang Bg Long mampu katakan melainkan menyatakan betapa diri ini menyayangi dirimu adikku. Engkau banyak mengajar ku erti kesabaran, ketabahan dan kesungguhan menjalani kehidupan ini. Fara merupakan adik yang terbaik yang Bg Long pernah ada dalam hidup abang long. Kak Shida kau tahu apa yang Bg Long rasakan selama ini, betapa Bg Long sayangkan kau. Kau anak dan adik yang baik adikku. Bg Long doakan yang terbaik buat Fara moga Fara bahagia di samping Halim yang setia menyayangi mu adikku. Aku menyeka air mata yang mula mengalir di pipiku, aku menyayangimu adikku; kau bersedih ku berduka, kau ketawa aku pun ketawa, kau gembira ku turut merasakan kegembiraan mu adikku. Bg Long, Fateh dan Fatin menyayangi mu sepenuh jiwa raga kami.
Bg Long doakan agar Fara berbahagia selalu.... Insya-Allah hanya mati yang memisahkan kamu berdua. Amin.....
P/S: Bg Long dah x boleh nak menulis, sebak dada......
-Fadhil Zhafri-
1208 hrs
BRABUS Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment