Mama, mama tahu tak kenapa adik membenci diri mama? Mama tak tahu? Betul tak tahu ni mama atau mama buat-buat tak tahu? Yang pastinya adik memang membenci diri mama dan menyesal keluar dari perut mama ke dunia yang kejam dan penuh tipu helah ini mama! Mama nak tahu juga ke kenapa adik membenci mama hingga ke hari ini? Mari adik putarkan masa untuk mama ingat sejenak apa yang mama dah buat sampai adik membenci mama!
14 February 2011, mama ingat kan tarikh tu? Jangan cakap mama tak ingat atau tak tahu hari itu hari apa. Hari Kekasih atau Valentines Day. Eh eh.... mama, jangan nak kerut-kerutkan dahi tu mama dan jangan nak sedu-sedan ye mama, adik belum habis cakap lagi nie! Masa tu mama keluar temu janji dengan papa kat suatu tempat yang paling romantik di Kuala Lumpur, mama boleh nampak seluruh pemandangan indah kotaraya dari situ. Masa tu mama tak kisah di peluk di belai-belai papa kala itu. Mama begitu asyik di buai ayat-ayat romantis dan manis papa dan mama terpana dengan ketampanan diri papa, al-maklumlah papa anak orang berada, mama pun apa kurangnya kan. Dan malam itu juga mama serahkan mahkota mama yang paling berharga pada papa sebagai bukti cinta mama kepada papa, tapi mama, kenapa mama dan papa tak kahwin macam mama dan papa orang lain? Di sambut gilang gemilang hingga jutaan ringgit di hotel besar? Kenapa ya mama? Tengok tu, buat buat x faham pulak, adik bosan lah mama!
Tiga bulan kemudian adik dengar suara dari dalam perut mama, "Tahniah puan, puan mengandung" tapi adik dengar suara mama "Saya masih belum berkahwin doktor dan saya tak tahu siapa ayah kepada bayi ini", kemudian mama tegar tumbuk perut mama di mana adik berada di dalam sejurus selepas pulang dari klinik. Mama tahu tak maksud SAKIT?!?! macam mana agaknya kalau orang pukul mama macam mana mama pukul adik? Sakit tak? Adik tanya nie SAKIT TAK?!?! apakah mama dah jadi pekak dan tuli???? Kemudian adik dengar mama bergaduh dengan papa. "Sayang, gugurkan sahaja kandungan you tu, kita nie masih muda ok, I belum puas nak enjoy dan I tak pasti la bayi tu I yang punya atau jantan-jantan lain you serahkan badan you tu", papa, adik ni anak papa tahu tak? Kenapa papa kejam sangat? Adik di jadikan hasil bukti percintaan mama dan papa 3 bulan lalu. Papa, kenapa papa jahat sangat? Adik tak sangka papa seorang yang kejam, sanggup menggunakan rupa dan harta semata-mata untuk memerangkap gadis cantik seperti mama. Mama, kenapa mama hina dan caci adik mama sepanjang adik berada dalam kandungan mama? Mana hilangnya naluri keibuan mama? Adik benci benci dan benci mama dan papa!
Mama tegar kan cuba membunuh adik dengan makan benda-benda tajam seperti jus nenas, apa yang mama dapat? Kepuasan mendera darah daging mama sendiri atau menghukum adik yang tak mengerti apa-apa kerana berada dalam alam rahim mama? Kenapa tidak mama serang sahaja papa yang tidak mahu bertanggungjawab atas keterlanjurannya sehingga mama jadi begini? Kenapa mama? Kenapa?? Atau mama lebih sayangkan papa yang kononnya akan menikahi mama selepas mama membunuh adik? Mama mama.... kenapa la mama nie kejam? adik ingatkan papa je yang kejam rupanya mama lebih kejam dari papa! Mama sanggup cuba gugurkan adik yang ketika itu sudah bernyawa dan tidakkah mama sedar bahawa tiap kali jantung mama berdegup, jantung adik berdegup sama? Mama, adik dah 6 bulan mama dalam kandungan mama, sampai hati kan mama buat adik macam ni? Macam ni ke adik nak doa depan Allah moga mama dimasukkan ke dalam syurga kelak mama? Mama bertaubatlah mama, jangan jadi bodoh dan tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah mama, adik tak salah mama; mama dan papa yang salah, masa bercinta semuanya indah tapi bila adik dah wujud, mama anggap adik seperti busung yang membusuk dalam perut mama. Adik benci mama, ingat tu mama, adik benci mama!
Akhirnya tiba masa yang dinantikan 9 bulan 10 hari. Akhirnya selamatlah adik keluar ke dunia ini. Tapi mama, kenapa mama tak ada dalam hospital tapi dalam tandas yang kotor, berlumut, busuk ini? Kenapa mama menangis? X suka ke tengok adik dah selamat keluar? Mama seksa-seksa adik masa dalam kandungan adik tetap kuatkan semangat nak keluar ke dunia ini kerana adik ibarat kain putih dan mama dan papa yang mencorakkan hidup adik. Tiba-tiba adik rasa sesak nafas, bagaikan tercekik sesuatu, adik tak mampu melawannya. Mama!!! Tolong adik mama! Kasihanilah adik mama! Mama!!!!!! Sakit mama!!!! Mama ampun mama!!!! Adik buka mata adik dan di dalam kesamaran adik melihat dunia ini, adik nampak muka mama, bagaikan perempuan hilang kewarasan mencekik adik dengan muka penuh benci dan jijik terhadap adik, apa dosa adik mama? adik tanya nie APA DOSA ADIK MAMA?!?! ohh hanya kerana adik tidak boleh bercakap mama boleh bertindak sesuka hati mama kan? Akhirnya suara adik menjadi semakin sayup dan akhirnya adik menghembuskan nafas terakhir adik dalam cekikan mama sendiri. Tergamak mama membunuh darah daging mama sendiri kan. Oh, adik lupa, adikkan liabiliti kepada mama dan papa... teruskan lah ye mama dan papa berbuat maksiat selepas ini. Mama sempurnakan jasad kaku adik pun di tong sampah, tempat yang jijik, keji dan busuk dan mama tampak puas dari lirik senyuman iblis mama selepas membuang jasad kaku adik, puas kan hati mama? Adik benci mama! Benci benci benci benci!
Adik tak minta pun dilahirkan ke dunia ini tapi adik malu, menyesal kerana mendapat seorang mama yang bertuhankan syaitan. Kalau mama adik baik, mama tak akan bunuh adik bukan? Adik malu mama! Malu pasal dapat mama yang kotor dan jijik seperti mama! Tergamak membunuh anak sendiri gara-gara teman lelaki yang berhidung belang yang belum bersedia untuk menjadi seorang papa. Papa dan mama mungkin terlepas di dunia ini tapi adik akan tuntut hak adik di hadapan Allah kelak mama dan papa! Insaflah mama dan papa. Selagi mama dan papa x berubah, selagi itu adik akan terus membenci mama dan papa. Adik paling benci mama kerana mama seksa adik dalam kandungan dan mama juga lah yang tegar membunuh adik sejurus adik lahir ke dunia ini! Mama kejam, zalim, mengapa adik mendapat ibu kejam seperti mama? Mama tahu tak di luar sana ramai orang yang masih belum mempunyai anak tapi hubungan mereka sah kerana mereka bernikah dan berkahwin tapi tidak dikurniakan anak; mama untungkan belum kahwin dengan papa dah ada adik tapi mama sia-siakan adik, kenapa tak diserahkan sahaja adik kepada mereka yang inginkan anak? Mama kejam mama kejam dan adik benci mama!
Ya Allah, Kau berkatilah pasangan-pasangan yang masih belum mempunyai anak agar mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Jangan mereka menerima nasib seperti aku yang di bunuh ibuku sendiri Ya Allah kasihanilah mereka Ya Allah! Jangan lah Kau duga mereka sebegini Ya Allah, kurniakanlah pasangan yang berkahwin mengikut syariat Mu Ya Allah dengan zuriat Ya Allah!. Akhir kata dari adik sebelum adik melangkah jauh, ADIK BENCI MAMA! ADIK AKAN TUNTUT HAK ADIK DI DEPAN ALLAH SWT ATAS KEKEJAMAN MAMA & PAPA TERHADAP ADIK! Ok lah mama, adik malas nak layan air mata buaya mama tu lagi. Selamat tinggal mama, adik undurkan diri dan berjumpa di alam akhirat kelak mama dan x perlulah mama menangis menyesali apa yang mama buat sebelum ini terhadap adik kerana semuanya dah terlambat, adik pun dah mati; mama pun suka kan adik mati.... Assalamualaikum wahai ibu pembunuh! Puas hati adik dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati adik sepanjang berada dalam kandungan mama! Mama Pembunuh!
-Luahan Anak yang Kau Bunuh Sejurus Selepas Di lahirkan-
Bayangkan sejenak jika kita berada dalam situasi bayi yang malang ini. Kalau lah mereka boleh berkata2....
ReplyDelete