Sumber: http://filsafat.kompasiana.com |
Mama, maafkan adik sekiranya luahan hati adik ini sedikit sebanyak menyinggung perasaan mama, namun adik juga manusia mama, ada hati dan perasaan dan berhak untuk menyuarakan isi hati adik sepanjang berada dalam alam rahim mama selama 9 bulan 10 hari lamanya. Izinkan adik ya mama. Dalam usia 3 bulan adik berada di alam rahim mama, adik menunggu dengan sabar tibanya masa untuk adik melihat wajah yang telah mengandungkan adik selama tempoh tersebut. Namun mama isi kan perut adik dengan makanan tajam, mama sakit mama, tak kasihan kah mama pada diri adik ini mama? Adik minta ampun dan maaf mama jika adik berbuat salah pada mama dan adik janji adik tidak akan susahkan mama bila adik lahir nanti.
Kala usia adik dalam kandungan mama meningkat, adik sangkakan mama akan lembut hati dan mendodoikan adik dengan alunan zikir munajat dan ayat suci Al-Quran tapi sangkaan adik silap mama. Mama terus-terusan mendera adik dengan makanan tajam, sakitnya Ya Allah, mama adik minta maaf ya mama. Mama, adik selalu dengar mama menangis sendirian, kenapa ya mama? Kenapa tidak ada ayat yang manis yang adik dengar kan dari bibir mama melainkan caci nista dan maki hamun terhadap adik mama? Apakah dosa adik mama? Mama, sekali lagi mama, adik minta ampun dan maaf mama... mama adik janji dengan mama, adik akan jaga mama dengan baik dengan sepenuh kasih sayang adik mama tetapi adik perlukan kasih dan sayang dari mama, mama boleh kan? Izinkan adik menyempurnakan hidup mama dan papa bila adik lahir nanti.
Sumber: http://sentuhankasihsuci.blogspot.com |
Kala tiba masanya, adik mendengar mama menjerit, mengerang kesakitan, mama, sabar ya mama, adik dah tidak sabar lagi untuk melihat wajah mama, mesti mama adik nie cantik dan papa adik kacak dan bergaya. Tapi kenapa mama mencaci maki adik kala dalam keadaan tersebut mama? Mama, adik minta maaf sekali lagi mama, adik janji adik tidak akan sakiti mama lagi selepas ini. Akhirnya, adik dapat melihat wajah mama walaupun samar-samar tetapi kenapa kita berada di tempat yang jijik, busuk ini mama? Mana papa adik mama? Bukan papa kena azankan adik mama seperti mana lazimnya anak-anak lain kala lahir ke dunia ini mama? Tapi kenapa wajah mama tidak berseri dan ceria seperti mama-mama lain? Adik minta maaf mama sekiranya adik mengotorkan pakaian mama. Mama adik minta maaf mama! Ampunkan adik mama! Mama! Ke mana mama nak bawak adik nie mama? Adakah kita nak balik ke rumah mama? Mesti rumah mama besar kan, mesti atuk dan nenek x sabar nak melihat wajah adik kan mama......
Sumber: http://noktahhitam.com |
Mama, kenapa kita berada di sini mama? Mama! Adik takut mama! Kenapa tempat tinggi ini mama bawa adik? Mama! Kenapa mama bawak adik ke mari? Mama! Adik takut mama.... Mama!!!!!!!!!!!!!!!!! Mama........ adik sakit mama, kenapa mata adik ini mama? Kenapa badan adik terasa lemah longlai mama? ampunkan adik mama, sekiranya kehadiran diri adik dalam hidup mama ini menyusahkan, mama..... adik ini merupakan amanah dari Nya mama, tergamak mama membunuh adik mama, darah daging mama sendiri? Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau lah Maha Pengasih dan Penyayang, Kau Ampunilah dosa mamaku ini Ya Allah! Berikan lah dia hidayah dan lindungi lah dia Ya Allah! Mama, itu lah doa adik buat mama...... walaupun mama hanya sempat bersama adik selama 2 jam namun adik hargai semua itu mama walaupun adik di caci, di cerca mama, semoga mama di ampunkan oleh Allah mama. Mama, adik tak boleh bertahan lagi, selamat tinggal mama, selamat tinggal dunia...
_________________________________________________________________________________
Sumber: http://teratakkarmo.com |
'Adik' dalam monolog ini adalah bayi yang baru dilahirkan dan kemudiannya di buang atau di bunuh oleh ibunya sendiri gara-gara keterlanjuran dengan bekas teman lelaki nya sehingga mengandung anak luar nikah. Kehadirannya dalam hidup ibunya langsung tidak di alu-alukan menyebabkan si ibu tergamak membunuh si anak yang tidak berdosa ini dengan mencampakkan dirinya dari bangunan tinggi. Kalau lah si bayi yang tidak berdosa ini pandai berkata-kata..... Aku meletakkan diriku di tempat bayi malang ini, sebak rasanya hati. Aku hanya mampu menukilkan di sini sahaja kerana tidak sanggup lagi mengenangkan tragedi buang bayi ini. Monolog adik ini moga di jadikan pedoman dan iktibar buat kita semua.
Bukan untuk menyalahkan kaum Hawa namun menyatakan anak itu amanah Allah. Sekiranya malu di cemuh dan di cerca masyarakat, serahkan anak itu kepada yang inginkan anak, jangan menjadi pembunuh. Kaum Adam juga harus bertanggungjawab di atas keterlanjuran mereka dengan kekasih mereka. Semoga monolog ini dapat memberikan iktibar kepada kita untuk menyelami perasaan si kecil yang tidak berdosa ini, kerana mereka tidak di minta untuk di lahirkan ke dunia ini melainkan dengan izin-Nya.
-Fadhil Zhafri-
2130 hrs
Bangsar
No comments:
Post a Comment