Nuffnang Ads

Friday, November 18, 2011

Air Mata SMKSU

Source: Mun-Ceritalah Disini
Hadir nya aku di sini hanya lah satu,
Menuntut ilmu serta menempa kejayaan,
Namun aku leka serta jemu,
Jemu kala bebelan dan ayunan rotan mu hinggap di badan,

Tingkatan Satu Cekap 1996
Aku pernah membenci mu,
Kerana kau sering mencari salah dan silap aku,
Sehingga aku mengelak kala bersua dengan mu,
Aku tidak sanggup di malu kan di hadapan kawan aku,

Tingkatan 2 Damai 1997
Kau cukup tegas dalam mendidik,
Pernah ku alami ayunan kayu sakti itu,
Rasanya, cukup pedih dan sakit,
Sehingga aku serik untuk mengulangi kesilapan itu....

Tingkatan 3 Budi (1998)

Tingkatan 4 Hormat (1999)

Tingkatan 5 Hormat (2000)

Namun,
Kini setelah bangku itu ku tinggalkan,
Baru aku mengerti kenapa kau mengayun kayu sakti itu,
Rupanya ini lah cara kau mendidik anak murid mu,
Bagaikan bapa mendidik anaknya agar menjadi cemerlang....

Aku ingin sekali bersua dengan mu,
Bersenda menceritakan kisah silam yang indah,
Serta tunjukkan betapa anak didikmu ini sedang menempa kejayaan mereka,
Serta mengucapkan kata hikmat yang bergema setiap kali kau keluar dari bilik itu,

Tapi,
Belum sempat aku melakukannya,
Tuhan lebih menyayangi diri mu,
Rupanya kau menderita di sebalik berjuang mendidik anak didik mu,
Betapa mulianya hati mu......
Kau bertarung nyawa di samping mendidik anak didikmu untuk berjaya....

Hari ini,
Penderitaan kau telah berakhir,
Tetapi kenapa begini pengakhirannya?
Aku ingin sekali menunjukkan hasil didikan mu selama ini....
Tapi apa kan daya.....

Izinkan aku,
Buat terakhir kalinya,
Mengucapkan kata keramat yang tersimpan sekian lama di sanubari,
"TERIMA KASIH CIKGU" di hadapan diri mu yang terkujur kaku.....
Titisan air mata ku terlalu murah jika dibandingkan dengan perjuangan mu.....
Sekurangnya aku puas hati kerana aku ucapkan di hadapan diri mu....
Kau kelihatan tenang walaupun kau sudah tidak bernyawa lagi....

Air mata SMKSU mengiringi perjalanan akhir mu,
Kau pergi meninggalkan sejuta satu kenangan terindah,
Kau sentuh hati kami dengan teguran seorang bapa,
Kau didik kami dengan rotan serta nasihat....
Kau menyentuh hati para pendidik dengan senyuman ikhlas mu....
Kini tiada lagi motosikal klasik meluncur masuk ke kawasan sekolah...
Tiada lagi fesyen 70-an di SMKSU....
Tiada lagi rotan berayun di SMKSU.....
Tiada lagi pelajar di tarik ke hadapan perhimpunan.....
Kenangan yang x mungkin aku lupakan......

"TERIMA KASIH CIKGU"

P/S: Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama menangis sekali lagi setelah kehilangan empat orang para guru yang bertungkus lumus menaikkan nama sekolah dengan kepergian Mr Ang Tun Seng setelah berjuang dengan penyakit kanser yang di hidapinya. Siapa sangka dia bertarung nyawa kala berterusan mendidik anak didiknya dengan seikhlas hati tanpa melihat rupa, agama dan keturunan. Terima kasih Mr Ang di atas nasihat serta tunjuk ajar cikgu. Ayunan kayu sakti cikgu itu akan saya ingat sampai bila-bila kerana ayunan itu yang membentuk diri saya hari ini.

Terima kasih cikgu (Sambil Berdiri mengesat air mata)

Nukilan,
Ahmad Fadhil Zhafri Ahmad Fuad
5 Hormat Y2K
SMK Subang Utama





No comments:

Post a Comment