Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dari tahun 1996 hingga tahun 2000, tahun aku menduduki peperiksaan SPM. Pejam celik pejam celik rupanya sudah hampir 11 tahun aku meninggalkan bangku sekolah yang usang itu. Pelbagai ragam yang telah aku saksikan kala aku meniti hidup muda remaja yang penuh dengan pancaroba ini. Al-Maklum, baru menginjak usia remaja; suara pun baru pecah masa tu. Apa yang aku paling ingat kala aku bersekolah di sana; lagu sekolah, ya lagu yang menyemarakkan semangat warga SMKSU ini. Sama-sama kita menghayatinya.