Nuffnang Ads

Tuesday, March 15, 2011

Dugaan Demi Dugaan

Aku tidak pasti apakah ini semuanya dugaan belaka atau kebetulan. Aku sememangnya masih trauma dengan dua kejadian yang menimpa diriku dan isteriku baru-baru ini.
  "Ya Allah! kau berikan lah aku kekuatan dan kecekalan hati untuk menghadapi dugaan Mu yang sekelumit ini Ya Allah! Aku redha dan pasrah dengan ketentuan-Mu Ya Allah!".

Hari Jumaat yang lepas merupakan hari yang pasti akan aku ingati seumur hidup aku. Hari yang paling perit dalam hidupku untuk menerima kenyataan dunia bahawa aku dan isteriku akan di duga sedemikian rupa. Rumah tempat kami berteduh di pecah masuk oleh seseorang yang sememangnya tidak mempunyai hati dan perut dan meninggalkan parut yang terlalu dalam untuk aku dan isteri menerimanya. Pun begitu, aku bersyukur kepada-Nya kerana kami berdua selamat dari di apa-apakan oleh si pencuri bedebah itu. Namun kami masih trauma dengan kejadian tersebut.





   

Semalam pula, belum sempat kami melupakan kejadian yang menimpa rumah kami, aku dikejutkan dengan perkhabaran isteriku terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong. Ya Allah! satu demi satu ujian berat Kau berikan pada kami Ya Allah! Walaupun aku bersyukur isteriku selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dia masih trauma dengan kejadian itu. Aku hanya mampu duduk di sisinya dan memberikan kata-kata semangat sebagai pencetus untuk dia teruskan penghidupan di atas dunia fana ini. 

Aku dan isteriku menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tabah dan penuh keredhaan. Aku harus meneruskan kehidupan ku di atas muka bumi ini dan bertahan di atas puing-puing kehidupan yang kian rapuh dan goyah ini. Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya yang telah di suratkan oleh-Nya. Akan aku teruskan perjalananku di atas muka bumi ini walaupun semangat ku telah goyah dek kejadian yang menimpa diri ini baru-baru ini. Moga aku beroleh kembali kekuatan dan semangat ku yang hilang sebelum ini Ya Allah.... Amin...


No comments:

Post a Comment