Nuffnang Ads

Monday, May 30, 2011

11 Tahun Sudah Berlalu Dan Akhirnya

Semalam, terluah juga apa yang terpendam dalam jiwa ini setelah 11 tahun aku memendam perasaan marah, kebencian dan dendam jauh dalam hati ku. Bagaikan kanser yang memamah setiap bahagian dalam tubuh hati ku, aku akhirnya terlepas juga tekanan hidup aku yang aku telan selama 11 tahun itu. Terlalu banyak pengalaman pahit yang aku lalui sepanjang aku melalui ranjau kehidupan yang penuh dengan manusia durjana dan jahat ini.


Mungkin senang untuk berkata, lupakan dan teruskan kehidupan, namun berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul dugaan yang melanda diriku. Aku marah pada diriku kerana tidak dapat mempertahankan diriku pada masa itu, kerana aku tahu aku bukan siapa-siapa; kerabat di-raja mahupun anak saudagar. Nasib ku sentiasa di rundung malang tidak seperti orang lain, hidupnya bahagia sentiasa bersama orang yang tersayang. Tapi aku? Mengapa air mata ini terlalu cepat menitis kala aku menukilkan ini? Adakah aku tidak setinggi mereka untuk menggapai impian?

Mungkin ini bahagian aku untuk meneruskan perjalanan aku menuju kejayaan. Apa yang berlaku pada aku 11 tahun yang lalu, aku dah pun luahkan dan kini aku akan teruskan jua perjalanan hidupku yang masih jauh. Aku dah maafkan sesiapa yang menganiaya diriku tetapi sekadar maaf sahaja kerana aku tidak akan melupakan apa yang telah kalian lakukan terhadap diriku. Terima lah kenyataan yang hati ini telah kalian sakiti, ku menangis dalam hati tetapi kalian tidak nampak semua itu. 
Aku pasrah dengan ketentuan-Nya kerana meletakkan diriku dalam situasi yang sukar ini. Jika kalian berkata sikap ku bermasalah, sila lihat diri kalian dahulu di hadapan cermin sebelum berkata-kata. Ada beberapa orang yang aku tidak akan maafkan mereka sampai aku mati kerana mereka telah menyakiti diriku tanpa memikirkan perasaan ku. Aku bukan tidak suka tetapi aku BENCI melihat mereka! Mungkin ini tidak berlaku pada mereka, tapi mungkin pada anak mereka; dan apakah perasaan kalian kala itu? Lihat lah cermin tu ye.

Semoga sesiapa yang makan cili tu terasa la pedasnya kata-kata ku hari ini. Sekian.... daaaaaa~


-Fadhil Zhafri-
1130 hrs
Naza-Brabus Bangsar

No comments:

Post a Comment