Aku seronok, gembira melihat keletah anak-anak kecil,
Bermain-main dengan mama dan papa mereka,
Namun di sebalik kegembiraan itu,
Terlakar kisah suka duka dalam hidupku dan dia....
Kami bahagia, cukup bahagia,
Namun jauh di sudut hati kami, jiwa kami kosong,
Ya kosong, kosong tanpa kehadiran suara tangisan,
Keletah si kecil dalam rumah kami yang sunyi umpama tanah kubur...
Hidup kami sentiasa di selubungi kesedihan,
Kerana apa yang di tunggu tiada jua datangnya,
Senang untuk orang berkata belum rezeki,
Namun jauh di hati ini, bagaikan di siat-siat pedang tajam...
Kami menadah tangan memohon kepada-Nya,
Perkenankan permintaan kami yang satu ini,
Beri lah kami peluang menjadi mama dan papa,
Namun, bila kah akan tertunai permintaan kami, tiada siapa merungkainya....
Kisah hidup kami penuh dengan pancaroba dan dugaan,
Banyaknya syaitan dan iblis yang cuba memecah belahkan kami,
Aku membenci golongan syaitan bertopengkan manusia ini...
Cantik di luar tetapi busuk di dalam.......
Selagi hidup kami belum sudah,
Kami akan terus berusaha.....
Apa yang aku harapkan agar mama dan abah
Sempat menatap wajah cucu sulung kesayangan mereka......
Ya Allah...aku menangis mengenangkan kedua ibu bapaku......
Aku tahu mereka inginkan cucu seperti orang lain,
Namun kenapa masih belum ada tandanya,
Mengapa orang lain yang tiada ikatan perkahwinan senang sahaja dibuntingkan?
Mengapa orang yang sudah ada ikatan perkahwinan sering sahaja di duga sedemikian rupa.....
Aku dan dia akan teruskan perjalanan kami,
Perjalanan yang tiada permulaan dan penamatnya....
Berikan aku kekuatan Ya Allah....
No comments:
Post a Comment