Nuffnang Ads

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal Semua...


Kala ini,
Kudrat ku lembik dan tidak bermaya,
Hanya pembaringan itu sahaja penemanku,
Penyakit ku tiada tanda untuk pulih sedia kala,
Hanya menanti Sang Malaikat menjemputku,


Kala sahabat dan keluarga menjenguk ku,
Ku haramkan air mata mereka mengalir di hadapan ku,
Tidak perlu di tangisi keadaan ku,
Kerana aku redha dengan ketentuan Sang Pencipta ku,
Hanya kalimah suci yang mampu aku ucapkan buat diriku.....

Tiada guna lagi meratap akan nasibku,
Kudrat ku semakin lemah dan aku terbaring kaku,
Hanya ayat-ayat suci Al-Quran menemaniku kala itu,
Dengan bantuan dan sokongan keluarga ku....
Aku redha dengan dugaan-Mu Ya Allah Ya Tuhanku....

Wahai dunia,
Hari ini adalah hari terakhir ku menghirup udara,
Hari adalah hari terakhir ku hidup bersama keluarga ku,
Hari ini adalah hari terakhir aku bersama sahabat handai ku,
Hari ini adalah hari terakhir aku melihat pemandangan indah ciptaan-Mu....

Pandangan ku kian kabur,
Badan ku terasa seram sejuk,
Kaki ku tidak jejak bumi.....
Dadaku berombak.....
Hanya kalimah suci Allah yang mampu aku lemparkan....
Hanya aku dengar tangisan keluarga tersayang ku....
Dari Allah aku dijadikan, kepada Allah juga aku kembali...
Selamat tinggal semua......
Selamat tinggal dunia..
Selamat datang alam baqa yang abadi.....

Picture Source: http://facebook.com/photo.php?fbid=1903244920449&set=a.1536555593445.60475.1821518462&type=3&theater
Nota: Tidak ada kena mengena dengan sesiapa baik yang hidup atau pun mati. Sekadar mengingatkan kematian itu adalah pasti dan tidak mungkin kita akan dapat lari darinya saat-saat sakratulmaut menjelang. 

No comments:

Post a Comment