Nuffnang Ads

Friday, January 20, 2012

Dan Kisah Ku Yang Masih Panjang

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi Fadhil diberikan peluang untuk menghirup udara di atas muka bumi ini serta berkesempatan menunaikan tanggungjawab Fadhil sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Sedari atau tidak, kita sudah pun berada di penghujung bulan Januari. Begitu cepat masa berlalu dan Fadhil akan gunakan masa yang ada ini untuk mencari rezeki yang halal untuk Fadhil dan juga keluarga Fadhil serta meneruskan pencarian identiti sebenar Fadhil sebagai hamba Allah. Moga-moga sahabat handai Fadhil juga berada dalam lindungan Allah SWT. 


Perjalanan di bulan pertama 2012 merupakan satu cabaran baru Fadhil kerana Fadhil ingin mengimbangkan pencarian dunia dan pencarian akhirat. Tugas Fadhil sebagai Brabus Business Consultant untuk sebulan pertama di tahun 2012 Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ada sahaja dugaan yang menimpa dan melanda namun Fadhil percaya Allah sedang menguji diri Fadhil agar menjadi seorang insan yang kuat serta matang dan bijak dalam membuat keputusan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar kerana Fadhil tahu Allah itu Adil dan Penyayang. Fadhil bersyukur kepada-Nya kerana Fadhil dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan pada Fadhil.

Namun, Fadhil kadang kala terpukul juga bila melihat kepincangan masyarakat hari ini. Fadhil takut dan selalu berdoa agar Fadhil tidak tergolong dalam golongan yang tidak diberkati Allah SWT. Fadhil tahu diri ini banyak dosa kepada-Nya dan kini sudah tiba masanya untuk Fadhil kembali ke jalan yang asas untuk menyucikan diri dan hati Fadhil dari belenggu dan godaan syaitan. Kadang kala bila Fadhil rasa jiwa x tenang, berbelah bahagi, Fadhil tahu semua itu adalah godaan dan bisikan syaitan. Istighfar dan zikir adalah senjata terbaik untuk menangkis makhluk-makhluk yang ingin menyesatkan kita. Allahurabbi! Fadhil terasa kala mendengar imam berkhutbah di atas mimbar di masjid semalam berkenaan masyarakat pincang. Moga Fadhil serta semua umat manusia di muka bumi ini dijauhkan dari perkara ini. 

Perjalanan hidup Fadhil memang banyak ranjau dan liku yang harus Fadhil tempuhi dan kisah Fadhil masih lagi panjang dan hanya akan berakhir bila Fadhil menghembuskan nafas Fadhil yang terakhir nanti. Namun Fadhil bersyukur kerana Fadhil masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan Fadhil sebagai hamba Allah yang terus kuat dan tabah menghadapi dugaan-Nya. Kala orang lain sibuk menimang cahaya mata, Fadhil masih lagi belum ada tanda-tanda untuk bergelar papa tapi Fadhil yakin dan percaya bahawa semuanya Allah telah tentukan dan Allah lebih bijak dalam merancang apa yang terbaik buat diri Fadhil. Fadhil akan terus dan tidak akan putus memohon pada Allah semoga di permudahkan urusan Fadhil di dunia dan di akhirat. 

2012 semoga menjadi tahun keramat Fadhil dan isteri. Fadhil bahagia dengan apa yang Fadhil ada sekarang. Fadhil ada keluarga, saudara mara, sahabat handai yang tidak putus berdoa dan menyokong Fadhil sepanjang Fadhil melalui perjalanan liku-liku kehidupan Fadhil sebagai hamba Allah yang Maha Esa. Walaupun perjalanan kehidupan Fadhil tidak seindah orang lain namun Fadhil bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menikmati kehidupan Fadhil dalam cara Fadhil tersendiri. Insya-Allah kita pasti bertemu di lembaran yang akan datang. Wassalam. 

-Fadhil Zhafri-
Naza-Brabus Motor Sdn Bhd

No comments:

Post a Comment