Nuffnang Ads

Friday, July 8, 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama Masih Utuh Di Ingatan ku

Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dari tahun 1996 hingga tahun 2000, tahun aku menduduki peperiksaan SPM. Pejam celik pejam celik rupanya sudah hampir 11 tahun aku meninggalkan bangku sekolah yang usang itu. Pelbagai ragam yang telah aku saksikan kala aku meniti hidup muda remaja yang penuh dengan pancaroba ini. Al-Maklum, baru menginjak usia remaja; suara pun baru pecah masa tu. Apa yang aku paling ingat kala aku bersekolah di sana; lagu sekolah, ya lagu yang menyemarakkan semangat warga SMKSU ini. Sama-sama kita menghayatinya.


Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama
Lirik: Datin Kamsiah Saabin (Bekas Pengetua SMKSU)

Sekolah ku Subang Utama....
Mencari ilmu hingga berjaya,
Demi masa depan yang tercinta untuk nusa dan bangsa

Berjaya dan bersepadu,
Cogan kata sekolahku,
Menuntut ilmu berdisiplin diri melahirkan insan yang terpuji

Miliki guru berdedikasi, 
Pada guru, kami berjanji
Melangkah dan berjuang bersama, 
Mengharumkan Subang Utamaku........

Kala aku mengetuk papan kekunci ini, aku tersenyum sambil bergenang air mata mengenangkan kisah suka duka aku mengharungi zaman persekolahan ku yang aku rasakan terbaik dalam hidupku. Aku bersyukur kerana mendapat guru yang berdedikasi serta sabar dan tawadduk dalam mendidik aku dan rakan-rakan yang lain. Cikgu, terima kasih cikgu di atas didikan cikgu selama ini. Jasa cikgu tak akan saya lupakan. Aku menghargai jasa guruku baik di sekolah mahupun di pusat tuisyen; ibuku juga seorang guru; banyak mengajarku dalam memperbaiki kosa kata, tatabahasa (agak-agak tahu kan subjek apa itu) heheheh.... 

Namun begitu, kepada semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, terutama sekali Puan Azizah Yusoff, Puan Zuariah Yusof, Puan Pan @ Low Kwee Fong dan lain-lain, kalian tetap di hatiku. Terima kasih cikgu di atas segalanya. 

Nukilan Ikhlas
-Fadhil Zhafri-
2053 hrs
Bangsar, KL

No comments:

Post a Comment