Nuffnang Ads

Saturday, March 5, 2011

Ku Juga Mencintai Diri Mu

Sukarnya untuk ku melupakan, 
Sinar matamu yang menawan, 
Terbayang-bayang tiap masa,
Senyumanmu menggoda,
Kehangatan terasa di jiwa tika kau lafaz kata cinta,
Nafas terhenti seketika, seakan sukarku percaya....






   
Ku juga mencintai dirimu, 
Mengapa sukar ku luahkan,
Bukan sengaja ku menahan,
Bibir membeku lidah tekelu,
Ku juga mencintai dirimu, 
Kau amat sempurna buatku, 
Bukan saja aku biarkan,
Kan ku ucap jua padamu.....

Sukar nya untuk ucapkan
Ku takut akan kehilanganmu,
Akan ku buat segalanya untukmu kasihku,
Hanya satu yang belum terluah,
Kalimah cinta kau nantikan, 
Bila masa dan ketika, 
Tidak dapat ku menjawabnya....

Semalaman ku menunggu panggilanmu,
Pabila terdengar suaramu, 
Ku terlupa segalanya.....

Puisi ini pernah di nyanyikan oleh penyanyi One in A Million, Saiful suatu masa dahulu dan pernah di dedikasikan kepadaku oleh seseorang di masa lalu (identiti di rahsiakan kerana aku tak tahu dan tak mahu tahu hahahaha) tetapi hari ini, lagu ini aku dedikasikan khas buat isteri ku yang tercinta, kerana dia lah yang bertakhta di hatiku dan tabah menghadapi pancaroba kehidupan ini bersama dengan ku. Lagu ini sedikit sebanyak mengingatkan aku pada pertama kali aku bertemu dengan isteriku, aku bagaikan tidak percaya yang dia kini merupakan suri hidup ku yang setia bersama ku walau apa jua berlaku. 

Kala aku melafazkan kata-kata cinta padanya, aku bagaikan tidak percaya yang cintaku terbalas olehnya dan pelbagai dugaan dan pancaroba yang telah aku lalui bersamanya hingga kini; aku tidak menyedari bahawa kami akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang kedua pada tahun ini setelah bercinta selama 3 tahun. Isteriku, sesungguhnya kaulah pengubat duka ku kala aku bersedih dan kau lah penawar hatiku dengan kelembutan dan keikhlasanmu menghadapi dugaan ini bersama-sama. Kau banyak mengajar tentang erti realiti sebuah kehidupan yang tiada tandingnya. Aku terhutang budi padamu isteriku.... engkau lah yang terbaik, wanita paling cantik dalam dunia ini yang pernah aku jumpa. 

Aku berdoa pada-Nya isteriku moga jodoh kita berkekalan hingga aku menghembuskan nafasku yang terakhir, jika boleh aku ingin bersemadi bersama-sama mu isteriku, moga hajat ku dikabulkan-Nya. Bak kata pujangga, "Hingga maut memisahkan kita". Aku bagaikan kapal tanpa nakhoda kala engkau tiada, namun kehadiranmu dalam hidupku memberikan aku seribu satu erti dalam kehidupan ini isteriku. Dengarlah kata-kata ini isteriku, "Engkau lah racun penawar hidupku kala aku bersedih dan engkaulah perintis untuk aku meneruskan kehidupanku di atas pentas dunia ini".

Aku harus berhenti di sini kerana hati ini terlalu sebak untuk meluahkan betapa engkau berharga dalam diriku. Akan ku telan bara api, akan ku selam lautan berapi hanya untukmu isteriku. Aku cinta padamu isteriku.......

Ikhlas dari,
Suamimu yang tercinta,
Fadhil Zhafri
1700 hrs
Bangsar.

No comments:

Post a Comment