Nuffnang Ads

Wednesday, March 7, 2012

Hidup Ini




Hidup ini,
Adalah perjalanan yang sangat panjang,
Cabaran demi cabaran yang mematangkan kita,
Itu lah dia kehidupan


Hidup ini,
Orang katakan tidak adil,
Yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana,
Yang lemah ditindas, diinjak oleh orang yang lebih kuat,
Itu lah dia kehidupan

Hidup ini,
Penuh dengan tipu daya dan selalunya kita dikaburi,
Dikaburi dengan apa yang kita lihat dengan mata kita
Namun dalamannya, kita seorang pun tidak tahu,
Itu lah lumrah kehidupan...

Hidup ini,
Akan penuh dengan pancaroba dan dugaan,
Hanya keimanan dan ketaqwaan yang mampu menjaga kita,
Kerana hidup ini tiada yang senang untuk menjadi senang,
Dan senang pula untuk menjadi susah,
Realiti kehidupan....

Hidup ini,
Teruskan dengan penuh juang dan hati yang tabah,
Kerana Tuhan itu Adil dan Dia menguji berdasarkan kemampuan kita,
Dengan sedikit tekanan,
Baru kita sedar luar biasanya kita ini....




-Fadhil Zhafri-
1706 hrs
Naza-Brabus Bangsar

No comments:

Post a Comment