Aku ingin berbicara mengenai juara kala tersungkur. Setiap kali kita tersungkur, kita pasti akan berasa kecewa, bagaikan diri ini tiada nilainya lagi serta menyalahkan diri kita kerana punca kejatuhan kita. Jika kita berputus asa serta tidak bangkit semula itu lah namanya pejuang yang kalah kerana tidak sanggup menghadapi cubaan hidup. Tetapi, kala kita tersungkur dan bangkit semula dengan semangat baru, itu lah kita di katakan juara kala tersungkur kerana kita meletakkan tekanan ke atas diri kita untuk teruskan perjuangan hidup di atas puing-puing yang rapuh ini. Kembali lah kepada-Nya, minta lah ampun dari pada-Nya di atas kekhilafan kita selama ini. Mungkin kita jatuh kerana kita telah hanyut dari mengingati-Nya. Kala itu lah kita harus berusaha keras, gigih untuk kita bangkit semula untuk menangkis segala cabaran serta halangan yang ada di hadapan kita. Allah sentiada berada di sisi kita tidak kira di kala kita senang atau susah. Insya-Allah, pasti kita akan bertemu jalan keluar dari permasalahan kita.
Kala aku menukilkan nukilan ini, aku terkesan dengan nukilanku sendiri. Mungkinkah selama ini aku selalu melupakan-Nya? Ataupun aku tidak redha atau ikhlas atas segala dugaan serta pancaroba yang melanda diriku? Ataupun aku yang tidak pandai mensyukuri nikmat yang dikurniakan dari-Nya. Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri Ya Allah! Aku bagaikan layang-layang yang terputus talinya tanpa hala tuju kala aku tersungkur. Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan mental dah fizikal dalam menghadapi semua ini Ya Allah, bersihkan lah hati hambamu ini Ya Allah! Ya Allah, sekiranya ini merupakan salah satu daripada dugaan yang kau berikan kepadaku, aku redha dengan dugaan-Mu ini Ya Allah! Amin Ya Rabbal'alamin.....
P/S: Air mata ku telah mula bergenang maka aku berhenti hanya di sini sahaja.... Wallahua'alam hu bissawab....


No comments:
Post a Comment