Ya, demikianlah perihal kehidupanku yang tidak pernah lekang dek dugaan. Kadang kala aku seolah-olah tidak mahu menghadapi semua ini. Aku menangis sendirian di dalam jaga mahu pun kala aku terlena diulit mimpi. Mengapa harus aku lalui semua ini? Aku tanya pada diriku. Kala aku menukilkan luahan perasaan ku ini, aku terdengar sebuah lagu yang cukup sentimental serta berkait rapat dengan apa yang aku lalui saat dan tika ini. Liriknya sungguh puitis:-
Nuffnang Ads
Showing posts with label Puing-puing Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Puing-puing Kehidupan. Show all posts
Monday, August 15, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Wednesday, February 9, 2011
Monday, November 8, 2010
Gelora
Aku ingin berbicara mengenai juara kala tersungkur. Setiap kali kita tersungkur, kita pasti akan berasa kecewa, bagaikan diri ini tiada nilainya lagi serta menyalahkan diri kita kerana punca kejatuhan kita. Jika kita berputus asa serta tidak bangkit semula itu lah namanya pejuang yang kalah kerana tidak sanggup menghadapi cubaan hidup. Tetapi, kala kita tersungkur dan bangkit semula dengan semangat baru, itu lah kita di katakan juara kala tersungkur kerana kita meletakkan tekanan ke atas diri kita untuk teruskan perjuangan hidup di atas puing-puing yang rapuh ini. Kembali lah kepada-Nya, minta lah ampun dari pada-Nya di atas kekhilafan kita selama ini. Mungkin kita jatuh kerana kita telah hanyut dari mengingati-Nya. Kala itu lah kita harus berusaha keras, gigih untuk kita bangkit semula untuk menangkis segala cabaran serta halangan yang ada di hadapan kita. Allah sentiada berada di sisi kita tidak kira di kala kita senang atau susah. Insya-Allah, pasti kita akan bertemu jalan keluar dari permasalahan kita.
Kala aku menukilkan nukilan ini, aku terkesan dengan nukilanku sendiri. Mungkinkah selama ini aku selalu melupakan-Nya? Ataupun aku tidak redha atau ikhlas atas segala dugaan serta pancaroba yang melanda diriku? Ataupun aku yang tidak pandai mensyukuri nikmat yang dikurniakan dari-Nya. Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri Ya Allah! Aku bagaikan layang-layang yang terputus talinya tanpa hala tuju kala aku tersungkur. Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan mental dah fizikal dalam menghadapi semua ini Ya Allah, bersihkan lah hati hambamu ini Ya Allah! Ya Allah, sekiranya ini merupakan salah satu daripada dugaan yang kau berikan kepadaku, aku redha dengan dugaan-Mu ini Ya Allah! Amin Ya Rabbal'alamin.....
P/S: Air mata ku telah mula bergenang maka aku berhenti hanya di sini sahaja.... Wallahua'alam hu bissawab....
Wednesday, October 6, 2010
Allah Itu Maha Adil Lagi Maha Mendengar Rintihan Hati Kita
Hidup kita ini ibarat roda, kala kita di atas sana sentiasalah mengingati-Nya dan kala kita tersungkur di bawah, kita juga wajib mengingati-Nya. Segala musibah, ujian itu semuanya berlaku atas kehendak-Nya kerana Dia ingin menguji sejauh manakah kekuatan iman kita dalam menghadapi pancaroba hidup ini. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, diturunkan ujian serta dugaan kerana Dia menyayangi kita agar kita menjadi orang yang lebih beriman serta mengingati-Nya pada setiap masa kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya untuk mengurniakan ganjaran-ganjaran terhadap umat-Nya.
Teringat aku pada kata-kata pujangga ini, Allah itu sentiasa mendengar rintihan hati kita dan Insya-Allah sekiranya kita ikhlas dalam memohon dari-Nya, Dia akan membantu kita keluar dari belenggu kehidupan yang penuh pancaroba tetapi apabila kita sudah mencapai apa yang dihajati, teruskan mengingati-Nya dengan Zikrullah kerana ini akan menjadikan diri kita lebih dekat kepada-Nya dan juga menjadikan diri kita insan yang jauh lebih baik dari sekarang dan juga rezeki yang melimpah ruah. Bayangkan dengan hanya niat kita sudah dapat pahala, belum lagi membuatnya, Allahu Akbar!! Allah itu Maha Besar! Hidup ini kenalah berpada-pada; urusan dunia wajib dilaksanakan kerana itu satu amanah namun ibadah perkara yang teramat wajib ke atas kita sebagai hamba-Nya. Dekatkan diri kita pada-Nya, Insya-Allah, Dia akan membantu kita, Allahu Akbar!
Kala aku menukilkan cerita ini, dada aku menjadi sebak, mengenangkan kisah hidupku yang penuh dugaan ini. Mungkinkah aku sering melupakan-Nya, tidak meninggalkan apa yang dilarang-Nya atau tidak mensyukuri nikmat dari-Nya? ataupun Allah hanya menguji ketabahan, kekuatan imanku? Astaghfirullahal'azim, terlalu banyak dosa ku ini pada-Mu Ya-Allah, jiwa ku sentiasa berada dalam keadaan tidak tenang Ya Allah selama ini, adakah ini balasan-Mu terhadap kejahilan aku di masa lalu? Tetapi Subhanallah.... aku telah menyaksikan pelbagai kejadian-kejadian yang memberikan seribu satu keinsafan kepada diriku. Antaranya, balasan terhadap anak yang berlaku kejam terhadap ibu bapanya serta ahli keluarga yang lain (walaupun bukan realiti namun cukup terkesan dengan kejadian itu) balasan terhadap peniaga yang zalim, Ya Allah! Tidak sanggup aku menceritakannya kerana cukup menggerunkan, Astaghfirullah....terlalu gerun aku bila mengenangkannya.... Aku hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan khilaf, namun mungkin jua ini adalah pembalasan terhadap dosaku di masa lalu atau proses pembersihan hati dan jiwa. Aku bermohon pada-Mu Ya Allah.... permudahkan lah urusanku serta umat-umat Islam seluruh dunia ini Ya Allah. Murahkan lah rezeki kami dan matikan lah kami dalam keadaan yang beriman Ya Allah. Amin Ya Rabbilálamin.
-Fadhil Zhafri-
1408 hrs
Subscribe to:
Posts (Atom)






