5 Disember 2010 merupakan hari yang paling menyedihkan buat ahli keluarga Allahyarham Haji Jaafar Bin Ishak apabila rumah peninggalan beliau akhirnya rebah menyembah bumi kerana usang dan di mamah usia. Walaupun aku tidak sempat untuk mengingati setiap peristiwa di rumah itu, tetapi aku dapat rasakan betapa berjasanya rumah itu hingga lah ke akhir pusingan kehidupannya pada 5 Disember 2010. Masih aku teringat akan keriuhan rumah itu sewaktu bapa saudaraku, Uncle Sham melangsungkan perkahwinannya dengan Aunty Sapiah pada tahun 1992 di rumah itu. Itu lah majlis perkahwinan terakhir yang di adakan di rumah itu dan rumah itu terbiar suram setelah arwah Tok Wan (Hajah Mahani Binti Mohd Salleh) tinggal bersama Mak Teh tidak jauh dari rumah berjasa itu.
Rumah itu tidak besar dan tidak kecil, hanya sederhana sahaja namun, rumah itu menyaksikan jatuh bangun, realiti kehidupan sebuah keluarga yang bahagia. Rumah itu banyak menyaksikan kejayaan demi kejayaan ditempa oleh saudara-maraku dalam bidang pengajian bahkan bidang pekerjaan. Uncle Sham di besarkan dalam rumah berjasa itu sehingga lah dia berkahwin dengan Aunty Sapiah di mana majlis perkahwinan di adakan di rumah itu buat kesekian kalinya. Beberapa orang sepupuku membesar di dalam rumah itu dan bagi mereka rumah itu terlalu berjasa pada mereka. Rumah itu berjasa pada semua orang kerana bukan setakat saudara maraku yang membesar di situ bahkan beberapa orang atuk saudaraku juga pernah tinggal di rumah itu.
Hatiku bagaikan dirobek-robek kala aku melihat gambar kenangan hari raya di rumah berjasa itu. Kini semuanya tinggal kenangan di balik runtuhan dan puing-puing rumah itu. Rumah berjasa itu terus lusuh dan uzur di mamah usia kala tiada lagi saudara-mara yang menjenguk rumah itu sehingga lah, pada 5 Disember 2010, segala kenangan di rumah itu hanya dapat di abadikan dalam foto kenangan dan seribu satu kerinduan terhadap rumah berjasa itu. Ada seseorang bertanya kepadaku, apa kah yang menarik perhatianku sehingga tercetusnya idea untuk aku menulis mengenai rumah berjasa itu? Hanya satu sahaja jawapanku, rumah itu terlalu istimewa buat diriku dan para saudara mara yang lain kerana itu lah satu-satunya harta peninggalan arwah datukku, Haji Jaafar Bin Ishak.
Rumah itu berjasa dan kini telah tiada, hanya kenangan dan gambar yang dapat melepaskan kerinduan terhadap rumah berjasa itu.(Di ambil dari 210-1, Jalan Dato Ahmad, 84000, Muar, Johor) :-
Ini ruang tempat aku berlari
Ini ruang aku jatuh
Ini ruang aku makan
Di sini memori ku berlabuh
Itu tempat aku ketawa
Itu tempat aku nangis
Itu tempat aku tidur
Di situ lahir pahit dan manis
Di sini Abah bersantai
Dalam ingatan aku ternampak
Ini ruang berkumpul
Raya, kahwin, kenduri keraian
Di sini tugu ingatan
Untuk puing-puing kehidupan.....
Ini ruang aku jatuh
Ini ruang aku makan
Di sini memori ku berlabuh
Itu tempat aku ketawa
Itu tempat aku nangis
Itu tempat aku tidur
Di situ lahir pahit dan manis
Di sini Abah bersantai
Di sana Mak memasak
Dari kabut usia aku mengintaiDalam ingatan aku ternampak
Ini ruang berkumpul
Raya, kahwin, kenduri keraian
Di sini tugu ingatan
Untuk puing-puing kehidupan.....
Dahulu.....
Kini...........
Dulu....
Gambar ini diambil dari photo album sepupu saya, Azamuddin Wahab. Terima kasih sepupu ku.... juga terima kasih Uncle Sham kerana puisi yang begitu puitis.
Rumah ini banyak menyaksikan jatuh bangun sebuah keluarga.....
ReplyDeleteThis was the house that I grew up in.. It was the epitome of the Jaafar Clan.. It was the centre point, a meeting place of relatives, uncles, aunties, cousins...a convergence centre of sorts, ...now, what's left are just memories
ReplyDeleteDad, be my follower dad......
ReplyDelete