Nuffnang Ads

Tuesday, February 8, 2011

Dunia Ini Kecil.....

Haa... hari ini aku nak berkongsi dengan kalian semua pasal dunia ini kecil. Celah mana kecilnya tu aku tak tahu tapi yang pastinya memang dunia dah menjadi semakin kecil. Kalau dulu, topik ini sering di tanyakan dalam peperiksaan percubaan atau peperiksaan SPM yang sebenarnya, pelbagai informasi yang bagi ku boleh diterima pakai dan ternyata tidak logik langsung di kupas dalam lembaran jawapan peperiksaan itu. Tapi hari ini aku x nak cerita pasal kertas peperiksaan SPM pasal aku dah pun melaluinya 11 tahun lalu (err...aku muda lagi ye.... baru 18 tahun hahahahaha... :-p)

Sebelum aku merapu, mari kita pulang kepada topik pokok kita. Dunia ini semakin kecil apabila teknologi maklumat mulai memonopoli setiap pelusuk dunia dengan pelbagai kemudahan seperti internet, 3G, jalur lebar dan macam macam bagai kemudahan yang memudahkan kita berinteraksi antara satu sama lain. Antara salah satu dari ini, ialah kemunculan laman sesawang jaringan sosial, Facebook yang kini merupakan satu fenomena masa kini di mana bukan sahaja golongan muda remaja seperti aku ini (perasan) bahkan golongan warga emas juga tidak ketinggalan untuk turut menyertai laman sesawang ini. Walaupun kita dapat berhubungan dengan jutaan manusia di setiap pelusuk dunia tetapi di sinilah kita berjumpa kembali rakan-rakan yang telah lama tidak bersua muka.

Fenomena Facebook sebagai media jejak kasih persahabatan menunjukkan betapa kecilnya dunia ini kerana dapat bertemu kembali rakan-rakan seperjuangan sewaktu bersekolah, universiti bahkan jiran tetangga yang telah lama berpindah pun dapat di temukan kembali. Seperti mama ku, siapa sangka dengan Facebook sahaja mereka dapat bersua kembali setelah berpuluh puluh tahun meninggalkan bangku sekolah. Bahkan diriku sendiri, sahabat lama ku di Kemaman dapat ku temukan dengan hanya klik di Facebook. Hebatkan teknologi maklumat hari ini.


Hmmm...ok lah aku terpaksa beranjak sekarang....nanti ada idea baru aku akan kongsikan bersama korang semua.... tata semua...















-Fadhil Zhafri-
2041 hrs
Shah Alam

No comments:

Post a Comment