Nuffnang Ads

Monday, September 27, 2010

Dunia ku Di NZ Wheels



Mungkin ramai orang menyangkakan bahawa kerja sebagai seorang jurujual (skema giler ayat nie :-p) atau pun lebih di kenali sebagai salesman, sales person, sales executive merupakan suatu pekerjaan yang mudah, al-maklumlah, boleh mengular sana sini, kerja cuma bercakap tanpa henti pastu kalau dapat jual sebijik Mercedes-Benz dah boleh dapat ribu-ribu ringgit commission tapii hakikatnya, kerja ini tidak lah semudah yang disangkakan. Seseorang itu perlu lah bersedia dari segi mental, fizikal kerana mereka bakal berhadapan dengan seribu satu pelanggan yang mempunyai fiil yang berlainan.

Ok la, aku ingin berkongsi serba sedikit mengenai apa yang aku lakukan demi mencari sesuap nasi untuk isteriku. Terpaksa menahan caci maki, pelanggan yang cerewet, pelanggan yang sombong dan bongkak dan segala-galanya tetapi destinasi ku di akhir perjalanan ini adalah keberlangsungan hubungan antara aku dan juga pelangganku. Pelbagai program serta latihan intensif telah di laburkan oleh NZ Wheels ke atas diriku agar menjadi seorang Sales Executive yang di iktiraf oleh Mercedes-Benz Malaysia, prinsipal kepada jenama kenderaan premium Mercedes-Benz antaranya ialah C-sales Program yang aku sedang lalui sekarang.

Semalam, hari ini dan esok aku akan berada di luar pejabat menghadiri seminar training C-sales ini bertempat di Mercedes-Benz Malaysia Automotive Training Center Glenmarie. Insya-Allah sekiranya benar lubuk rezekiku di tempat bernama NZ Wheels ini, aku akan pastikan bahawa aku tidak akan mensia-siakan program C-sales ini. Ini lah masanya untuk aku mendalamkan minat ku terhadap jenama premium yang sememangnya menjadi idaman hatiku selama ini serta tahu bagaimana untuk aku mengekalkan hubungan baikku dengan pelanggan. Alhamdulillah, sudah setahun lebih aku menjadi seorang sales executive di sini dan banyak kereta Mercedes-Benz yang telah ku jual.

Kebanyakan pelanggan ku merupakan pelanggan yang pertama kali membeli kereta mewah jenama ini dan tidak kurang juga yang pernah dan pemilik setia Mercedes-Benz. Aku akan pastikan bahawa mereka gembira serta mendapat pengalaman yang sungguh manis ketika berurusan denganku. Insya-Allah sekiranya rezeki ku di sini, akan ku abdikan diriku bersama jenama premium ini dan mendapatkan kepercayaan di mata para pelangganku. Insya-Allah, moga-moga Allah murahkan rezeki ku...Aminnn....

Fadhil Zhafri
Taman TTDI Jaya
28 September 2010
0111 hrs

No comments:

Post a Comment