Nuffnang Ads

Sunday, October 3, 2010

Tengah Hari Yang Membosankan...

Arghhhh boring nya hari ini. Aku bersama rakan sekerja ku bertugas di NZ Wheels Autohaus, Klang. Customer pun x ada nak walk-in dan yang ada call-in inquire pasal kereta pun kurang. Haihhh.... macam mana nak catch up dengan sales target nie... aduhhh... so kala aku bosan nie, aku pun create la satu lagi blog khusus untuk perniagaan ku. Laman blog yang di beri nama One Stop Car Business Site ku harap akan memberikan impak kepada bakal-bakal pelangganku yang ku rasakan berjuta-juta yang menggunakan internet sebagai sumber penyelidikan untuk kereta impian mereka. Walaupun blog tersebut khusus untuk semua jenis kereta namun fokus ku hanya untuk produk yang aku pasarkan, kereta premium Mercedes-Benz.

Kala ini lah masanya untuk ku memahirkan diriku dalam dunia penulisan yang telah lama aku tinggalkan, 10 tahun rasanya hehehehe (AAK???) Aku pasti dengan sedikit inisiatif boleh memberikan seribu satu perbezaan dalam melariskan perniagaan ku. Insya-Allah dengan sedikit usaha dan tawakkal, aku pasti akan menongkah langit di masa akan datang. :-) Saat-saat ini ketika aku sedang mencoretkan curhat ini aku rasakan kebosanan yang ultra melanda diri ku, menguap, mengantuk.... huhuh tapi aku terpaksa gagahkan jua demi mencari rezeki untuk ku langsaikan perbelanjaan ku. Dugaan Tuhan itu bermacam-macam. Kala kita senang, kita di uji, kala kita susah juga kita di uji. Namun. yang paling penting kita harus lah yakin, tawakkal dan pasrah harapan kita kepadaNya kerana banyak pengalaman telah ku peroleh dari pada dugaan Nya.

Aku jika ingin terus berjaya, aku kena mempunyai semangat juang yang tinggi seperti pengasas Daimler-Benz AG. Mereka mengharapkan agar suatu hari nanti bintang akan terus menyinari dunia permotoran dunia dan berkat usaha mereka, lambang tiga bintang telah pun terbukti akan kehebatannya menongkah langkah sedari 100 tahun lalu. Maka aku harus mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus bertahan sekiranya aku ingin menjadi persona bintang seperti Daimler-Benz AG suatu masa dahulu. 

Ok lah.... aku rasa cukup sekadar di sini dahulu curhat ini. Aku nak pegi berehat sebentar sebelum menunaikan solat Zohor. Insya-Allah kita pasti akan bertemu di lain kalam. 

















-Fadhil Zhafri-
NZ Wheels Autohaus
1340 hrs

No comments:

Post a Comment